Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 3)

lucky i'm love with my best friend part 3

"Macammana?Jadi tak?"

"Wah,bestnya!!aku nak pergi!"jeritku keriangan.

"Aku pun!!"
Kini tiga pasang mata memandang ke arah Wani.Wani memandang seorang demi seorang kawannya.Dia menggeleng perlahan..Melihat ketiga-tiga mereka menarik muka,dia ketawa.

"Okey-okey..aku pergi.."

"Yes!!"sorak Hana,Halimah dan Ika serentak.

"Ha,tapi ada syarat.Aku nak kita berempat je pergi.Just four of us.Takde lelaki pun dibenarkan ikut ok?"Mata Wani beralih pandang pula pada Hana.Seolah-olah kata-katanya tadi ditujukan kepada gadis itu.

"Laa..kenapa pulak Wani..kiteorang plan nak ajak Faris sekali.Mamat tu kan ada kereta.At least jimat sikit..tak payahlah nak sewa kereta.Betul tak?"soal Halimah.

"Ah..takde-takde..aku tak setuju Faris ikut kita.Nanti Hana asyik berkepit je dengan mamat tu..bosanla."

"Ek eleh..cakap jelah kau jealous.."sampuk Ika tiba-tiba.

"Tak de masa la aku nak jealous-jealous ni.Aku cuma tak suka,trip ni untuk kita have fun,release tension..rapatkan lagi hubungan kita..tiba-tiba ada pulak mamat tu menyibuk."

"Jealous la tu namanya.Pelik la kau ni,sejak putus cinta ni,macam dah jadi anti lelaki je.Rilek la,bukan kita tak kenal pun si Faris tu.Dia member kita jugak kan."Ika masih lagi tak puas hati dengan perangai Wani.Lepas putus cinta,berubah seratus peratus.Padahal dulu,kawan-kawannya lebih ramai lelaki dari perempuan.

"Huh!Dah memang betul..lelaki memang tak guna.Tak payah nak buat baik sangat dengan diorang."

"Alamak..tak payah la nak judge semua lelaki tak guna,macam ex boyfriend kau tu."Ika membalas lagi.

"Oit,dah la tu.."celahku.Wani mencebik.

"Ok..Riz tak akan join kita pergi Kuantan nanti,"tegasku.

"Hana.."

"Betul jugak cakap Wani..ni trip untuk kita je.Tak payah nak libatkan lelaki..aku nak kita semua happy.."Aku merendahkan sedikit suara.

"Hah!Puas hati?"ucap Ika sinis.

Wani hanya tersenyum sumbing...


************

"Kuantan?Best jugak tu..nak pergi bila?"soal Faris.
"Weekend ni.."

"Hmm..aku nak ikut!"Faris mengenyitkan mata.

"Hah?Eh..tak boleh!"balasku pantas.

"Aik,kenapa pulak?"

"Err..kereta dah penuh la.."

"Penuh?Siapa lagi yang pergi?"Faris memandang dengan curiga.

Alamak..apasal la mulut ni gatal sangat berbohong sunat ni.Aku mengetap bibir.Matanya kupandang seketika.Aku tahu aku memang tidak berbakat untuk berbohong lagi-lagi dengan Faris.Aku mengambil cheezy wedges di depanku lalu mengunyah dengan penuh selera.

"Laaa..orang tanya dia boleh buat bodoh jer.Saya tanya betul-betul ni Cik Hana..."

"Betullah dah penuh.Aku,Wani,Halimah..Ika.Dah cukup empat orang satu kereta kan."

Faris memandangku lagi.Aku tahu tentu dia pelik kerana sebelum ini aku tidak kisah jika sesekali dia hendak join aku dan housemateku keluar bersama-sama.

"Hmm..takpe..aku pinjam kereta ayah aku nanti k..confirm muat."

"Alaa..tak payahlah..ok,aku janji..aku jaga diri baik-baik nanti.Kau tak payahlah risau.."ujarku cuba meyakinkannya.Aku tahu dia tidak sepenuhnya percaya pada kemampuan Wani memandu.Dia pernah memberitahuku yang gaya pemanduan Wani kadangkala macam orang mabuk.Wah!Suka-suka je kutuk kawan aku...

"Hmm..I just want to protect you.Aku tak nak apa-apa jadi kat kau lagi.."

Aku terdiam seketika.Aku tahu setelah kemalangan dan kes perbuatan jahat Azmeer tempohari,dia semakin mengambil berat tentangku.Tapi kadang-kadang aku rimas.Yeah..I need freedom too..kataku dalam hati.

"Tapi.."

"The decision is..aku ikut kau.Muktamad!"Hah,kalau perkataan 'muktamad' tu dah keluar,memang 'harapan' besar la untuk aku membangkang lagi kata-katanya.

"Hisyy!!!"

Geram-geram.Aku menjeling..dan dia hanya ketawa.


*****************************

Aku pandang muka Wani yang masam mencuka sejak tadi.Halimah dan Ika pula sedap melentok di kerusi masing-masing.

"Sayang.."bisiknya lembut dengan senyuman nakal di bibir.Aku yang agak terleka memerhati gelagat housemateku memalingkan muka ke arahnya.

"Ha..ape?"

"Sayang.."diulangnya balik panggilan yang sama dengan riak muka nakalnya.Mengenyitkan sebelah mata.

"Huh!Mengada.."Aku mencebik bibir sebelum tergelak kecil.Sesekali bila perangai romantik dan nakalnya terkeluar,aku pasti rasa kelakar.Aku memandangnya yang sedang memandu.Dapat kulihat dia juga sedang tersenyum.Dan tiba-tiba aku rasa tertarik dengan senyumannya dari tepi.

Hmm..Halimah pernah cakap..aku bertuah memilikinya sebagai kawan dan kekasih.Bertuah?Hmm...ntah la..hehe.

"Sayang,kau rasa ada something missing tak hari ni?"

"Something missing?Hurm..apa?"

"Teka la."

Aku memandangnya dengan dahi berkerut.Memerhatinya dari atas hingga bawah.Rasanya semua seperti biasa."Ntah..tak de yang hilang pun.Mata,mulut,kaki,tangan..semua ada."

Faris memandangku sekilas sebelum menarik hidungku dan ketawa kecil.Aku menepis tangannya dan menggosok hidung yang agak perit."Sakit la.."

Faris ketawa lagi."Hmm..nah."Sebelah tangannya menghulurkan sekeping coklat cadbury kepadaku.Dahiku yang berkerut tadi kembali normal.Baru aku ingat..hari ini 10 haribulan..

Coklat itu kuambil dan kad di atasnya kubuka perlahan-lahan.

'The more I know of you is the more I know I love you'

Aku tersenyum.Mata beralih ke baris bawah ayat pula.

'Be my wife.Please marry me.Please...please..please...'

Aku menjerit kecil."Gila!"

"Kenapa..siapa yang gila?"

"Kau la gila."

Faris ketawa kecil."Aku gila..kenapa eh?"

Aish..geramnya.Mukaku tiba-tiba bertukar merah menahan malu apatahlagi bila memandang wajah selambanya.Tanpa sedar aku mencubit lengannya.

"Aduh!"Faris terjerit sedikit kuat.

"Hisy..bisingla.Nak tidur pun tak senang."Kedengaran suara Wani mendengus di belakang.

Aku dan Faris saling berpandangan.Sama-sama menyembunyikan senyuman yang mula terukir di bibir."Sorry.."ujarku dan Faris serentak.Wani mendengus lagi sebelum memejamkan matanya semula.Faris memandangku,melemparkan senyuman menggoda.Aku mencebik bibir sebelum menggeleng kepala.

Sumpah aku tidak tahu di sebalik sikap selamba dan nakal yang ditunjukkan Faris selama berkawan denganku,rupa-rupanya dia lelaki yang manja dan ingin selalu diberi perhatian.Dan kadangkala kemanjaannya mengalahkan perempuan.haha!

"Kau ni manja kan.."

Merah padam mukanya mendengar kata-kataku yang mungkin tidak dijangkanya.Aku ketawa sedikit kuat."Riz..kenapa aku tak pernah tau yang kau ni manja eh?Macam tak percaya ini Faris yang aku kenal selama ni.Hurm.."aku menggeleng kepala.

Faris tersenyum kecil."Aku bersikap macam ni hanya dengan orang yang aku sayang."

"Ceh!Yelah tu.."

Dia senyum lagi."Ntahla Hana.Tak tau macammana nak describe perasaan yang ada dalam hati aku ni.Tapi aku pernah berjanji dengan diri sendiri,takkan biarkan sesiapa menyakiti kau.Dan otak aku tak pernah berhenti berfikir cara untuk buat kau sentiasa bahagia dengan aku.Mungkin kau rasa aku mengongkong kau..tapi aku takkan maafkan diri aku kalau sesuatu yang buruk terjadi pada kau."

Aku terdiam seketika mendengar kata-katanya.Aku tahu sepanjang persahabatanku dengannya,dia tidak pernah menipuku.Aku menghela nafas panjang."Thanks Riz.."

Wani di belakang mengerutkan dahi dengan mata yang masih terpejam.Terasa hatinya bagai diramas-ramas mendengar kata-kata pasangan bahagia itu.Cemburu,sakit hati dan dengki berkumpul menjadi satu.Air mata yang mula mengalir dikesat kasar..


*****************************

"Yeay!Dah sampai!"

Ika dan Halimah melompat turun dari kereta dengan riang.Beg-beg dikeluarkan dari dalam boot kereta.

"Ika,Wani..jom mandi.Dah lama tak mandi laut nih,"ujar Halimah separuh menjerit.

"Eyh..kalau ye pun jomla check in dulu.Tak lari nye laut tu."

Halimah menyeringai mendengar kata-kata Faris."Ok2.Aku memang dah lama nak pergi Cherating ni sebenarnya.Tu yang excited sikit.Sorry kawan-kawan."

Masing-masing menggeleng kepala melihat telatah Halimah.

"Nah,kunci bilik korang."Faris kembali setelah menyelesaikan urusan penginapan mereka sambil menyerahkan satu kunci kepadaku dan satu lagi kepada Wani."Satu bilik dua orang."sambungnya lagi.

"Orait..kau dengan aku."Tanpa sempat berkata apa-apa Halimah cepat-cepat menarik tanganku dan berjalan menuju ke bilik.

"Huh!Excited semacam,"dengus Wani perlahan.Pandangan dialihkan pula ke arah Faris.Dia menjeling tajam lelaki itu sebelum berlalu pergi.Faris mengangkat bahu sebelum mengeluh perlahan.


******************************

Aku tergelak kuat mendengar lawak bodoh dari Faris.Dari tadi tak habis-habis dengan teka-teki dan lawak bodohnya.Sampai berair mata aku menahan tawa.

"Kau ni gila.Macam Mr Bean.."

Faris ketawa."Well..dia yang tiru aku sebenarnya."

"Blahla kau."Aku ketawa melihat gaya perasannya.Aku memandang Ika,Halimah dan Wani yang sedang riang bermain pasir di pantai.Lepas penat berendam di dalam air,mereka bermain pasir pula.Macam kanak-kanak riang sungguh.

"Kau tengok tu,macam tu la kalau jarang jumpa laut.Hari tu.."Kata-kataku terhenti bila memandang Faris di sebelah.

"Apasal tengok aku macamtu?"

Faris menggeleng,tersenyum kecil.Selepas itu menggaru kepalanya.Tersipu-sipu malu.Aish..tak faham betul aku dengan mamat ni.

"Kenapa senyum-senyum?"Aku menilik keadaanku.Melihat baju dan seluar yang kupakai.Mana tau ada tahi burung tertempek di situ.Tak de pun..

"Aduh!"Aku menepis tangan Faris yang menarik hidungku."Apa ni..sakitla..tarik hidung orang pulak."

Faris ketawa.Seketika kemudian dia merenung aku kembali.Kemudian tersenyum sambil menggeleng kepala.

"Kau ni kenapa?Pandang aku pastu senyum-senyum..buang tabiat ek?"

"Hmm..ntahlah..kenapa aku tak pernah perasan selama ni.. dah banyak aku sia-siakan masa kita bersama.Kalaulah aku sedar dari dulu,aku takkan bagi peluang pada mana-mana lelaki untuk tackle kau."

"Maksud kau?Aku tak faham.."soalku kebingungan.Tiba-tiba mengungkit tentang hal ini.

"Kau tau tak..kau ni comel..comel sangat."

Erk?Adakah aku tersilap dengar?Betul ke Faris yang cakap macamtu?"Err.."terkelu lidahku untuk berkata-kata.Mukaku juga terasa hangat.Bertahun-tahun aku berkawan dengannya,ini kali pertama aku rasa macam malu yang teramat bila mendengar dia berkata begitu.

Faris tergelak kecil.Aku cuba membuat muka selamba.Tiba-tiba Faris berdiri berhadapan denganku.Perbezaan ketinggian yang agak ketara membuatkan aku terpaksa mendongak untuk memandangnya."Hana..please dont ever leave me..aku boleh mati kalau kau takde."

Pandangan mataku bertemu dengan matanya.Perlahan-lahan aku mengangguk.Dia tersenyum.Aku juga begitu.Sesungguhnya aku akui,dia cinta pertamaku dan aku mahu selamanya begitu.

"Tolong!Hana,Riz!!"

Spontan aku dan Faris serentak memandang ke arah laut.Ika dan Halimah sedang mengerumuni Wani yang terbaring di situ.Aku dan Faris berlari mendapatkan mereka.

"Kenapa ni?"

"Ntah..Kiteorang pun tak perasan.Tengah sibuk main air,dia cakap nak pergi minum air jap.Tengok-tengok dia pengsan."

"Dah..tolong angkat dia pergi sana.Aku panggil pihak resort kejap."

Kami bertiga mengangguk serentak.


*************************

Aku mencuit lengan Ika dan Halimah yang tersengguk-sengguk."Wani dah sedar tu."Aku mendapatkan Wani yang terlantar di atas katil.Ika dan Halimah yang agak mamai menurut dari belakang.Hampir 2 jam kami menunggu Wani di dalam bilik.

Wani membuka matanya perlahan-lahan.Dengan pandangan kosong memandang ke arah rakan-rakannya.

"Wani,kau ok tak?"

Tanpa menjawab soalan itu,dia menutup mata semula.

"Eh,Wani pengsan balik.Macammana ni?Cepat-cepat telefon ambulan,"ujar Halimah cemas.Aku dan Ika pula blur,tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

"Aku hidup lagi la..tak payah kecoh-kecoh,"getus Wani perlahan.Aku menarik nafas lega.Begitu juga Ika dan Halimah.

"Kau ni buat kiteorang cuak jela.Dahlah pengsan tiba-tiba.Hisy.."bebel Halimah.

"Ntah..kau kenapa?Tak pernah-pernah pengsan sebelum ni.Tiba-tiba je.."sambung Ika pula.

Wani menarik nafas."Korang punya pasal la.Beria-ia nak sangat pergi Cherating..aku stay up semalam sampai pagi siapkan assignment.."

"Aik,ye ke?Tapi semalam aku tengok kau lena je tidur.."balas Ika.Kalau dia tak silap,seawal pukul 10 malam lagi Wani sudah berdengkur di atas katil.

Wani melarikan pandangannya ke arah lain."Mana kau tau..tengah malam semalam aku bangun buat assignment sorang-sorang.Dahlah,kalau korang nak keluar malam ni,just go on.Aku nak rest,kepala sakit lagi."

"Betul ke ni?Betul kau tak nak ikut?Malam ni kiteorang plan nak buat bbq.Rugi laa kalau kau tak nak join,"ujar Halimah dengan anggukan kepala oleh Ika juga.

"Pergi jelaa..bakar ayam tu banyak-banyak sikit untuk aku."

"Aku temankan kau eh Wani,"ujarku bila melihat keadaannya yang masih lemah.Wani menggeleng."Tak payah la..aku boleh duduk sorang-sorang.Lagipun kesian kat Riz nanti."

"Laa..dia faham la.Dia pun suruh aku temankan kau."

Wani menggeleng lagi."It's ok..aku boleh jaga diri sendiri.Dont worry about me.."

"Betul ni?"

"Betulla..kalau korang ada pun aku rasa lagi sakit kepala aku,"ujar Wani selamba.

"Oit!"

Ketiga-tiga mereka menghampiri Wani lalu menggeleteknya.Masing-masing ketawa.


No comments: