Lucky I'm Love with My Best Friend (Part 1)

Aku memejam mata rapat-rapat.Aduh..ni yang malas nak nak balik rumah ni.Balik rumah je kena marah.Balik rumah je kena bebel.Itu tak kena,ini tak kena.Arghhhh...tension betul.Aku sentiasa salah di mata ibu.apa yang aku buat tidak pernah kena di matanya.Kesilapan kecil seperti lupa menutup TV seperti yang aku lakukan tadi bagaikan dosa besar padanya.Entahlah,aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya salahku.Sudah puas aku berusaha untuk mengambil hatinya.Belajar pandai-pandai,sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Dengan harapan dia akan berbangga denganku,anaknya.Tapi entahlah...


Aku pandang muka ibu yang masih meneruskan syarahannya.Pot pet pot pet..macam murai tercabut ekor..hehe.Aku ketawa dalam hati.Astaghfirullah!!
"Hana,dengar tak apa aku cakap ni?Hisy..dari kecik sampai besar perangai tak berubah-ubah.Suka sangat berangan.Dah masuk U ni pun perangai sama je.Bila nak berubah pun aku tak tau lah.."

"Hana dengar la ibu.Yelah,lepas ni Hana tak buat lagi.Sorry,mintak maaf banyak-banyak,"aku menunjukkan muka meminta simpati.Malas mahu melawan kata-katanya.
Ibu mendengus."Sudah tu.Dah cakap pun nanti buat jugak lagi.Entah apa la nak jadi dengan kau ni Hana oii..Dah,kalau nak makan pergi kat dapur tu.Ibu nak pergi rumah Mak Jah kejap.Jaga rumah elok-elok.Lepas makan jangan tidur pulak.Tolong basuh pinggan kat dapur.Lepas tu goreng pisang.Ibu nak tengok semuanya dah siap bila ibu balik nanti.Faham?"

"Baik bos!"Aku mengangguk macam burung belatuk.Ibu menggeleng kepala.Selepas ibu pergi aku tersenyum sendiri.Walaupun selalu bergaduh dengan ibu,aku tahu dia sayangkan aku.Tapi kenapa perlu garang sangat?Entahlah,mungkin kerana hanya aku seorang anaknya.Ibu mahu aku jadi anak yang berguna.Aku tahu tugas ibu berat.Ibu lah ibu dan ayah pada masa yang sama.Walaupun susah pada mulanya untuk aku menerima cara didikan ibu,walaupun aku selalu memberontak dalam diam,semakin aku dewasa..aku semakin memahami caranya.Aku tetap anaknya walau apapun terjadi.Itu kata-kata Faris.Ya,Faris Ifwat,teman baikku.Selalu memberi nasihat supaya tidak melawan cakap ibu lagi.Ah,Faris..ape yang kau buat sekarang..

Spontan aku mengalih pandangan bila mendengar handphoneku berbunyi.Sebaik melihat skrin,aku tersenyum kecil.Faris!!
"Hmm..nak apa call nih?"soalku serius.
"Aik,garangnya!tak boleh ke nak call?entah la,saja je.Tiba-tiba aku rasa kau macam sebut-sebut nama aku.So,aku call la.What are you doing now?"jawabnya selamba.
Aku menghamburkan gelak."Takkan la aku nak ingat kau.Buang masa jer.Hmm..tengah bosan nih.Nasib baik jugak kau call.Rindu aku eh?"
"Hmm..takkan la aku rindu kau.."
"Oit,balas balik nampak!"Aku menghamburkan ketawa.Aku dengar dia juga ketawa di sana.
"Bila kau nak balik ni Hana?"soalnya sekali lagi.
"Huh..kenapa?Tengoklah..kalau ada orang nak belanja makan ke..aku balik la.."aku mengusiknya.
"Boleh jer..KFC k..aku pun lapar jugak sekarang nih.Jom!"
"Hisyy..giler la kau ni.Takkan sekarang kot.."Aku gelak lagi.Aku tahu dia memang suka mengarut.
"Why not?Aku datang kampung kau sekarang ok."
Aku terdiam sebentar mendengar nada suaranya yang seakan serius."Dah,jangan mengada-ngada.Ahad ni aku balik.Kita jumpa kat sana okey?Jangan rindu aku sangat tau,hehe.Bye Faris.."Aku meletakkan telefon dengan senyuman terukir di bibir.
Di hujung talian,lelaki itu turut tersenyum.Of course i miss u...a lot..




____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

"Saya nak set dinner plate satu,cheezy wedges satu,dengan zinger burger.Air strawberry eh."

Faris menggeleng memandangku.Mak aihh,besarnya selera budak nih!"Ni nak makan untuk esok sekali ke?"bisiknya perlahan sambil ketawa kecil.Aku menyiku lengannya.Kakak cashier yang mengambil order memandang kehairanan.Aku buat tidak peduli.Selepas membayar makanan,aku mencari tempat duduk yang masih kosong.

Aku menuang sos cili ke dalam pingganku,juga ke dalam pinggannya apabila menyedari dia hanya berpeluk tubuh.Aku memandangnya,mengangkat kening sebagai tanda isyarat.Dia menjungkitkan bahu."Err..mak cik sihat?"soalnya bertanya keadaan ibuku.

"Sihat.."jawabku sepatah.Masih berselera menjamah makanan kegemaranku.KFC..Sememangnya itulah makanan favourite ku dan Faris amat mengerti itu.Aku agak pelik kerana lelaki itu tidak pernah bosan menemaniku makan di situ setiapkali kami berdua keluar.Dia betul-betul tidak kisah dan faham dengan kesukaanku.Mungkin sebab itu kami berdua serasi bersahabat.Dari form 2 lagi,bila aku dan dia ditempatkan di sekolah berasrama penuh yang sama.Kami berdua menjadi akrab,berkongsi cerita,bergelak ketawa bersama.Dia juga tahu kisah keluargaku.Dan kini setelah meningkat dewasa,dia semakin matang dalam menasihatiku walaupun kadang-kadang perangai kebudak-budakannya masih ada.

Berkawan dengan Faris membuatkan aku bebas menjadi diri aku sendiri.Aku selesa bersama dirinya.Aku betul-betul sayangkan persahabatan kami.Dan aku yakin dia juga begitu.Mengalih seketika pandangan,aku terpana bila sepasang mata kami bertaut.Sesaat..dua saat..tiga saat..

Aku terpaku.Tiba-tiba jantung terasa berdegup kencang.Hisy..aku mengalihkan pandangan.Dia juga begitu.Aku menstabilkan diri.apa kena la dengan aku ni..

Faris memandang ke luar.Tidak tahan apabila bertentang mata dengan sepasang mata berwarna hazel milik gadis itu.Dia sendiri tidak sedar sejak bila perasaannya mula berubah.Tetapi untuk meluahkan segala yang tersirat di hati,dia masih tidak mempunyai keberanian itu.Cukuplah sekadar memuja dalam diam.Dia selalu ketawa bila kawan-kawan mengatakan tiada istilah 'best friend' di antara lelaki dengan perempuan.Mungkin betul juga..Dulu dia yakin dia hanya menyayangi Hana sebagai seorang sahabat.Tapi kini,perasaan sayang semakin bercambah.Membuatkannya jadi tidak keruan walaupun tidak berjumpa sehari.Arghh..

"Hey,what are you looking at?That girl?"soalku bila melihat mata Faris melihat ke arah seorang gadis.
Faris terpinga-pinga.Turut memandang ke arah yang ditunjukkan Hana.Bila masa plak aku pandang perempuan tu?Kelihatan seorang gadis yang agak cantik berseorangan duduk di meja hadapan.
"Minat ke?soalku lagi.Tersenyum simpul.
Faris mengangkat bahu,sebelum menggeleng."Tak.Tak minat perempuan.."ucapnya selamba.
"Hah?"aku melopong.Terhenti kejap suapanku.
Faris ketawa besar."Dah2..makan je ayam tu.Aku tak berminat dengan cinta-cinta ni.Nak habiskan degree ni dulu.Lepas tu cari kerja.Lepas tu baru carik awek.Baru la best.Kalau sekarang ni,ada ke awek yang nak kat aku?Ada ke?Kau pun mesti tak nak kan..."

aku mencebik bibir.Piiiraahhh..Poyo la pulak mamat nih."Yelah.Habis Liza,Fetty,Mila..macammana?"

"Macammana apa?Bukan aku yang minat kat diorang..so?"

Aku mengangkat bahu tanda mengalah."Okey.Memang ni pun jawapan kau dari dulu kan..."aku meleretkan ayat.Faris meleretkan senyuman.Diam sebentar.

"Hmm..kau?

"Aku?Kenapa dengan aku?"

"Masih tunggu prince charming tu?"

Aku terdiam sebentar.Prince charming??owh..Aku menghamburkan gelak.Tak sangka Faris masih ingat apa yang pernah aku katakan dulu dulu.Walaupun sekadar gurauan,aku benar-benar berharap ada lelaki seperti itu di dunia ini."Yup.Still waiting for him.A guy yang boleh belanja aku makan KFC hari-hari sepanjang hidup dia.Tengoklah nanti ada tak yang sanggup buat macam tu tanpa merungut.."Maksudku bukan sekadar itu sebenarnya.Aku berharap ada lelaki yang betul-betul memahami aku,memahami kesukaanku dan boleh melayan karenahku...

"I will.."

"Hmm..apa dia?"Aku menjungkit kening,tidak jelas dengan apa yang dikatakan Faris.

"Tak ada ape-ape la.Hmm..sabtu ni aku nak ajak kau datang rumah aku.Kau free tak?"

"Kau ni memang.Suka cakap tak habis.Sabtu ni?Kenapa?Ada apa kat rumah kau?"

"Saja.Nak bawak kau jumpa mama aku.Tak boleh?Pakai cantik-cantik okey.Bukan senang nak jumpa bakal mak mertua nih..hehe."

"Hah!Giler..tak nak la aku."Merah padam mukaku mendengar kata-katanya.Faris tergelak.

"Tau takut.Dont worry..ada birthday party kat rumah aku.Since aku pun tak pernah kenalkan 'my best friend' ni pada parents aku,so apa salahnye aku bawak kau kan."

"Ala..aku segan la riz.."Seriously,memang aku segan untuk datang ke rumahnya.

"Mengada..tak kira,sabtu ni aku ambik kau kat rumah.Muktamad!"

Ala dia ni..memang suka paksa aku.Ikut cakap dia jer.Entahlah,kadang-kadang aku pun tak berapa paham dengan perangainya.Kadang-kadang pulak,aku rasa dia macam layan aku lebih dari seorang member.Sampai aku rasa macam jatuh hati.Tapi nak suka lebih-lebih,aku tak berani.Sebab dia tak pernah mengaku.Nanti buat malu jer..

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Faris memberhentikan keretanya di sebuah rumah banglo.Besar dan cantik.Aku melongo seketika.Sampailah dia mencuit bahuku."Dah,turun la.Ke nak aku tolong bukakkan pintu?"

"Aku tersedar.Kelam kabut membuka seat-belt."Ni rumah kau ke?"

Faris mengangguk.Matanya mengerling seketika ke arah gadis itu.Nampak tercengang dan sedikit blur.Tapi..comel!

Aku turun kereta perlahan-lahan.Besarnya rumah dia.Kenapa la aku tak tahu yang dia anak orang kaya selama ni.Gaya sempoi je..mane la nak perasan.Masuk saja di perkarangan rumahnya,aku terasa macam Cinderella pulak.Apa tidaknya,semua mata tetamu yang hadir memandang ke arah kami.Mungkin kerana kami paling lewat tiba.Aku dapat rasa mukaku bagai disapu dengan cat warna pink..aduh..malunya..Aku pandang Faris.Lelaki itu buat tidak mengerti.Tiba-tiba aku terasa tanganku ditarik.Tidak sempat berkata apa-apa,Faris membawa aku ke satu ruang di tepi kolam renang.

Kelihatan seorang wanita yang anggun bergaya di situ.Aku terasa cuak bila memandang wanita itu yang kebetulan memandang kami.Aku tahu itu mama Faris kerana dia pernah menunjukkan gambar wanita itu kepada aku.Dia kata mamanya garang jugak.Alamak..mati la aku..

"Mama,ini Hana.Hana Farhana binti Kamaruddin.Hana,ni mama aku.."ucap Faris memperkenalkan.
Alamak mamat ni..siap sebut nama penuh aku pulak.Aku menghulurkan senyuman pada mamanya.Lega rasa hatiku bila mamanya membalas sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Aku menyambut sambil mencium tangannya.Hisy..macam jumpa bakal mak mertua pulak.Aku tersenyum sendiri.

"Owh,ni la Hana yang selalu Along selalu cerita tu..Patutlah..comel,lawa,"ucap mamanya tiba-tiba.

Aku memandang mamanya.Dan apabila pandangan kukalihkan kepada Faris,aku nampak lelaki itu tersenyum nakal sambil mengenyit mata kepada mamanya.Aku terpinga-pinga.

"Ni lah best friend Along ma,"kata Faris.

Mamanya mengangguk sambil tersenyum penuh makna."Mana taknya kalau dah gambar penuh satu album."

Satu lagi kejutan.Aku bertambah tidak faham dengan kata-kata mamanya.Faris kelihatan menggelabah dan menggaru kepala."Ma,along bawak Hana pergi makan dulu eh,"ujarnya sambil menarik tanganku lagi.Tidak sempat untuk aku bertanya apa-apa.Hisy..pening-pening.

Faris membawa aku ke tempat makanan yang disediakan secara buffet."Jom makan..Emm..kfc tak ada hari ni..Tapi kat situ ada ayam goreng.Jemput makan.Jangan malu-malu k.."
Aku mengetap bibir.Eiiii..geramnya.Faris ketawa.

"Hey bro..lama tak jumpa,"Bahu Faris dipeluk dari belakang.Seorang lelaki dengan lesung pipit di pipi muncul di hadapan kami.Wah,kacaknya!Sebijik macam Farid Kamil,satu-satunya hero melayu kesukaan aku.Aku memerhatikan mereka berdua bersalaman.Dua-dua handsome.Tapi kalau dibandingkan Faris dengan lelaki yang tak diketahui nama itu,handsome lagi lelaki tu,hehe.Aku membuat perbandingan sendiri.

"Hana!Hana!Oit!!"Lamunanku mati tiba-tiba.Alamak,malunya.Berangan pulak.

"Ni cousin aku.Nama dia Farid."

Aik,nama pun sama jugak.Hisy..pelik-pelik.Aku rasa macam mimpi bila lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.Siap melemparkan senyuman maut lagi.Aku menyambutnya dengan debaran.

"Comelnya.Pandai kau carik awek riz.."

Hah?Dia cakap aku comel?Wah,bestnya!!

"Bukan awek aku.Member baik aku la..Nothing more than that.."potong Faris.

Tiba-tiba hatiku rasa tersentak bila mendengar kata-kata Faris.Terasa sesuatu di dalam dada.Aku menenangkan perasaanku.Memang betul katanya.Kami tiada hubungan istimewa selain persahabatan.Tapi kenapa aku rasa sedih?Bila Faris berkata begitu.Arghh..dia memang takkan jatuh hati pada aku.Jangan menyimpan apa-apa harapan Hana...

"Really?So I still have chance right?"soal Farid.Faris mengangkat bahu.Aku bertambah kecewa dengan reaksinya.Aku mengalih pandangan,tidak mahu mereka berdua mengesan perubahan di mukaku.Aku menyenduk nasi,mengambil sedikit lauk.Moodku mati tiba-tiba.Sehingga Faris menghantar aku pulang,aku hanya berdiam diri.Bercakap bila disoal sahaja.
.
Faris memandangku."Ko ni kenapa?Diam je dari tadi,"soalnya pelik.

"Tak ada apa,aku cuma rasa tak sedap badan je,"ujarku berbohong.Aku lihat lelaki itu mengangguk.Percaya dengan kata-kataku.

"Eyh,that guy ask for your number.."

Aku memandangnya."Siapa?"

"Farid."

"Kau kasi ke?"soalku

Faris mengangguk.Aku mengeluh hampa.Aku berharap dia berkata tidak.Nampak sangat dia tak cemburu,tak kisah.

"Bagusla."jawabku ringkas.Sakitnya hati!
Arghhh!!Faris menumbuk stereng kereta selepas agak jauh dari rumah Hana.Geram dengan gadis itu.Nampak sangat dia teruja dengan Farid,sepupunya.Dari tadi mata tak berkelip-kelip pandang lelaki tu.'Bukannya aku tak perasan.Tahu lah Farid tu handsome daripada aku.'Bukan Hana je,semua perempuan yang pandang Farid akan jatuh cinta pada lelaki itu.Pada Faris,Farid memang saingannya dari dulu.Dia cemburu bila Farid dapat semua benda yang diinginkan.Tapi Hana bukan benda.Bukan barang.Hana miliknya.Hana sesuatu yang amat berharga baginya.Dia hanya menguji tadi.Takkan begitu bodoh dia mahu memberi no telefon gadis itu kepada Farid.Tapi gadis itu nampak macam tak kisah je.Tentu dia suka kan.Arghhhh

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku memandang langit.Hari semakin gelap.Sedikit menyesal kerana menolak pelawaan Faris untuk menghantarku ke fakulti tadi.Bukan apa,perasaan geram masih bermukim di hati.Aku pergi ke pasaraya tadi untuk membeli barang.Cadangnya selepas membeli sedikit barang, mahu singgah sebentar ke fakulti untuk menghantar assignment yang due datenya pada pukul 5 petang.Aku melihat jam di tangan.alamak,dah pukul 3 ni.

Sebuah kereta Savvy berhenti di hadapanku.Aku agak terkejut.Lebih mengejutkan bila melihat Farid,lelaki iras-iras Farid Kamel itu yang menjadi pemandunya.Dia tersenyum memandangku."Nak pergi mana?"

"Balik."jawabku sepatah.

Dia memandang langit."Hari nak hujan ni.Jom la saya hantarkan,"pelawanya.

"Takpelah.Saya naik teksi je."pintasku mengelak cepat.

"Jom la.Hari pun dah hujan ni.Kang basah kuyup pulak.Jangan risau,saya tak ada niat yang tak baik pun.Lagipun bukannya jauh sangat.Kalau awak tak percaya pada saya,awak boleh call Faris,bagitahu dia dulu.."ucapnya panjang lebar.
Call Faris?Aku serba salah.Dah la tengah berperang ni.Aku melihat jam.Memandang ke langit.Dengan berat hati aku bersetuju.10 minit kemudian aku tiba di fakulti Kejuruteraan Elektrik,UITM.Wah,boleh tahan jugak kembar Farid Kamel ni.Nampak macam control macho tapi sebenarnya kelakar.Nak pecah perut aku mendengar lawak bersahajanya."Dah-dah..Nak pecah perut saya dengar lawak awak nih.."ujarku sambil ketawa.

Farid turut sama ketawa."Saya suka tengok awak ketawa.Nampak cute sangat."

Aku ketawa lagi."Terima kasih la.Saya rasa awak la orang pertama yang cakap macam tu kat saya."

"Faris tak pernah puji awak ?"

Aku terdiam seketika sebelum menggeleng.Rasanya selama kami berkawan,tak pernah pun dia cakap aku cute bila ketawa.Puji aku pun jarang sekali.Egonya dia..Tapi aku tak kisah kerana...kerana aku sayang dia.Ya..kerana aku sayangkan Faris..

"So,boleh kita keluar lagi lepas ni tak?Seriously,i'm interested to have you as my friend.Can i have your phone number?"

Aku sedikit terkejut.Hisy,mamat ni..biar betul.Hmm..ni mesti ayat je lebih ni.Tapi bukan dia dah ada number phone aku ke?

"Emm...tapi..."aku tidak jadi menghabiskan ayat.Pandanganku terarah pada sepasang pasangan yang tiba-tiba melintas di hadapan kereta.Hah?Aku menggosok mata berkali-kali.Hah?Faris! berjalan dengan Mila?Bukan ke itu Mila budak mass comm yang terhegeh-hegeh sukakan Faris?Tapi Faris cakap tak pernah layan..Kenapa dia...?Ahhh..aku tidak mahu berfikir apa-apa lagi.Geram,cemburu,sedih berkumpul menjadi satu.Entah kuasa apa yang merasuk,aku keluar dari kereta tiba-tiba.Faris yang kebetulan berpaling agak terkejut melihatku.Mila juga berpaling.Dan agak menyeronokkan bila Farid juga keluar dari kereta.Hah,macam dalam drama pulak.

Aku nampak Faris menghampiri kereta kami.Mila gedik itu juga membontotinya.Aku mengawal perasaan.

"Korang dari mana ni?Farid,macammana kau boleh keluar dengan Hana?"soal Faris serius.Dua soalan sekaligus.

"Beli barang,"jawabku selamba.

Farid memandangku.Mengagak yang aku mungkin saja mahu bergurau,dia mengiyakan."Beli barang.Lepas tu pegi makan-makan.Sorry riz,aku pinjam best friend kau ni kejap.Kau tak marah kan."

Aku sedikt terkejut mendengar penjelasan Farid.Eh,lebih-lebih pulak mamat ni!Tapi aku tidak cuba menafikan.Malah mengangguk cepat.

Faris mendengus.Meluap-luap perasaannya bila melihat gadis itu bersama Farid.Tetapi ego mengatasi segalanya."It's ok.Buat apa nak marah.Bukannya awek aku pun.Have a fun k..Mila,jom!"Macam nak terbeliak mata aku bila melihat Faris menarik tangan Mila.Mila yang nampak macam terkejut apalagi,bertambah la kegedikannya.Merelakan tangannya ditarik.

Aku memerhatikan langkah mereka berdua dengan hati yang membara."Huh!"
"Hana,are you ok?"soal Farid apabila melihat muka masam mencuka gadis itu.Aku berpaling."I'm ok.Jangan risau.."
Farid tersenyum menggoda.Tapi aku tidak nampak semua itu.Hatiku panas membara.


____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Sejak kejadian hari itu,masing-masing tidak bertegur sapa.Faris dengan egonya,aku juga begitu.Bertemu di kelas,dia buat tidak peduli.Bertemu di fakulti juga,dia hanya buat bodoh.Jauh di sudut hati,aku sedih dengan perubahahan sikapnya.Beginikah pengakhiran persahabatan kami?Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan lelaki itu.Dua minggu tidak bertegur sapa,aku betul-betul rasa kehilangannya.Aku rindukan gelak tawanya.aku rindukan usikannya.

Faris juga begitu.Hatinya terseksa.Tetapi ego lelaki tetap mengatasi segalanya.Namun di luar pengetahuan Hana,dia terus mengekori gadis itu.Memerhatikannya dari jauh.Sekadar dari jauh untuk melepaskan rindu.Dan mengawasi keselamatan gadis itu.

Hatinya membara semula bila mendapat tahu Hana keluar dengan Farid.Sanggup dia mengekori sehingga ke KLCC.Sakitnya hati bila melihat gadis itu dengan Farid. Lagi sakit hati bila melihat gadis itu bergelak ketawa.Bahagianya mereka.Arghhh.Petang itu baru mereka berdua pulang.Itupun selepas menonton wayang dan makan.Makan di KFC pulak tu.Arghhh...Dia bertambah bengang

Bagai disiat-siat hatinya ketika itu.Dia memandu kereta dengan laju.Kereta savvy milik Farid berada selang tiga buah kereta di hadapannya.Ikutkan hati,mahu saja dia melanggar kereta itu.Tapi Hana ada di dalam.Mustahil untuknya melakukan itu.Dia tidak mahu gadis kesayangannya cedera.Bila dia sedar,kereta Farid sudah hilang dari pandangan.Arghh..mana pulak pergi diorang ni..Dia menumbuk stereng.

Selepas melepasi lampu isyarat,dia terkejut bila melihat sebuah kemalangan di hadapan.Tidak jauh dari tempatnya.Antara dua kereta.Dan salah satunya kereta Savvy.Warna biru.kalau tak salah..itu kereta..itu kereta..

Terasa degupan jantungnya terhenti.TIDAK!!!!!!!!!!!


____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Faris menunggu di luar bilik kecemasan dengan fikiran yang tidak keruan.Sudah tiga jam dia menunggu.Setitis air mata jatuh di lengan kirinya.Ya Allah,kau selamatkan Hana.Aku tidak mahu kehilangannya..

"Riz,aku mintak maaf.."Dia terasa bahunya disentuh.Faris mendongak.Dia melihat Farid di hadapan dengan tangan yang berbalut.Kemarahannya memuncak semula.Kemarahan yang disimpan dari tadi.Dush!!Sebijik tumbukan padu dilepaskan betul-betul di perut.Farid mengaduh kesakitan.Argghh..peduli apa aku.

"Apa kau dah buat ha?Macammana kau bawak kereta?Kalau apa-apa jadi kat dia macammana?"

Farid diam.Tidak pernah dia lihat Faris marah sebegini.Nampak sangat gadis itu sangat penting.Bukan setakat teman biasa."Boleh aku tanya sikit?Kau sayangkan dia?"

Mata Faris mencerlung.Sebijik lagi tumbukan singgah di perut sepupunya itu.Dia betul-betul dirasuk kemarahan."Kau boleh tanya aku soalan bodoh macam ni?Kau pernah nampak aku layan perempuan lain macam aku layan dia?Aku bukan playboy macam kau.Aku tak kisah kalau ko nak ayat perempuan lain.Tapi tolong jangan kacau Hana.Aku sayangkan dia dari dulu lagi.Sikit pun aku tak pernah biar orang usik dia,tau tak?Aku sabar sebab kau sepupu aku.Tapi kau tengok apa yang kau dah buat.Kalau jadi apa-apa dengan dia,aku takkan lepaskan kau.Ingat tu!"

"Kalau kau sayang dia,kenapa tak bagitau perasaan kau tu?Hana ingat selama ni kau hanya anggap dia kawan.Walaupun aku baru kenal dia,aku tahu dia seorang gadis yang baik.Dia betul-betul sayangkan kau.Dia kecewa bila nampak kau dengan perempuan lain.Kalau kau nak tau,aku try nak tackle dia,tapi dia tak layan pun.Dia cuma setia dengan kau.Cuma kau yang tak hargai dia.Kau tu yang ego sangat.."luah Farid.

Faris ketawa kecil."Huh!Habis tu,kenapa dia ikut kau tadi?Kenapa dia boleh naik kereta dengan kau hari tu?Kenapa?"soalnya tidak puas hati.Baginya,hana juga melayan..masakan tepuk sebelah tangan boleh berbunyi.

"Hah!itulah kau.Kau patutnya percaya pada dia.Dia keluar dengan aku hari ni pun sebab aku yang beria-ia ajak.Kau ingat tak yang hari ni hari lahir dia?Aku tau dia tak happy keluar dengan aku.Dalam hati dia hanya ingat kat kau sorang je.Kalau kau nak tau,no telefon dia pun aku tak berpeluang nak dapat.Semuanya aku yang cari sendiri.Sebab aku nak tackle dia.Tapi aku sedar yang dia hanya sayangkan kau.Kalau pasal hari tu,itu salah faham je.Kau yang suka buat tuduhan melulu.."

Faris terkedu.Hari ni hari jadi Hana?Ya Allah.Dia betul-betul terlupa."Err..aku.."

Seorang wanita datang meluru ke arah mereka berdua."Mana Hana?Anak aku macammana?"Dalam sedu sedan wanita itu bertanya.

Faris tidak jadi menjawab bila seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.Semua berlari menyerbu ke arahnya.Doktor itu tersenyum."Pesakit selamat.Pembedahan berjaya."

Faris meraup mukanya."Alhamdulillah".Dia melihat Hana ditolak ke wad biasa.Gadis itu nampak tenang dalam tidur walaupun mukanya pucat.Ibu Hana pula mengikut jururawat,dengan sendu tangis.Faris memandang sepupunya."Sorry farid..Dan thanks sebab bagitau aku semua ni."
Farid tersenyum.Memegang tangan sepupunya."GUd luck!"

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Aku membuka mata perlahan-lahan.Wajah lelaki di hadapan kupandang kosong.Laaa..dia rupanya.Aku memalingkan muka.Terasa tanganku dipegang lembut."I love you.."bisiknya perlahan.Aku terkejut.Betul ke apa yang aku dengar ni?Aku menutup mata semula.Serius,aku tidak tahu apa yang aku patut buat.Sudah lama sebenarnya aku ingin dia mengucapkan kalimah itu.Dan hari ini impianku menjadi kenyataan.Aku mahu mendengarnya lagi..

"I love you hana."ucap Faris sekali lagi.Lebih kuat dari tadi.Sangat jelas di pendengaranku.Ah,macammana dia tahu ni..Ahh,dia selalu dapat membaca gerak hatiku.Aduh..

Faris melihat Hana masih menutup mata tanpa sebarang reaksi.Dia tahu gadis itu masih marah."Aku sayangkan kau Hana.Dari dulu lagi.Aku tak pernah sayang orang lain macam aku sayang kau.Tolong la percaya."ucap Fariz.

Aku ketawa dalam hati.Mamat ni,ayat tak romantik betulla.Aku membuka mata perlahan-lahan.Faris lega bila dapat kembali melihat mata berwarna hazel milik gadis itu.

"Kau sayang aku?"soalku perlahan.
Faris mengangguk cepat.Aku mengukir senyuman.
"Emm..kau sayang aku tak?"soalnya pula.
Aku terdiam untuk beberapa ketika.Akhirnya aku mengangguk."Sayang..sayang sangat.."aku mengukir senyuman paling manis untuk insan yang paling aku sayang.Aku lega kerana banyak hikmah berlaku di sebalik kemalangan ini.Selain mendapat cinta lelaki ini,aku juga sudah berbaik-baik dengan ibuku.Betullah kata Faris,ibu sebenarnya amat sayangkan aku.

"Riz.."
"Ye..sayang..kenapa?"
Aku tersenyum mendengar perkataan sayang yang diucapkan.Alangkah indahnya saat ini."Riz,janji dengan aku.Kita sama-sama jaga persahabatan dan cinta kita ni.."
Faris mengangguk."Kau insan paling istimewa dalam hidup aku.Janji cepat sembuh..Aku harap dapat temankan kau seumur hidup aku.Sentiasa ada bila kau perlukan aku.Aku sanggup jadi prince charming kau.Aku sanggup temankan kau makan KFC..walaupun hari-hari,"ucap Faris bersungguh.

Aku tergelak kecil."Betul ni?"
Faris mengangguk."Dulu pun aku sanggup jugak kan.Walaupun aku dah bosan makan ayam tu,aku tetap sabar.Kau tau kenapa?Sebab aku suka sangat tengok kau makan.Bukan tu je,aku suka tengok kau senyum.Aku suka tengok bila kau ketawa.Comel sangat.."

Aku ketawa lagi.Agak terkejut mendengar kata-katanya.
"Hmm..ape-ape jela sayang..."


I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you, I will


Aku selalu rasa cinta yang bermula dengan persahabatan lebih bermakna dan kekal lama.Sebab kita tak perlu berpura-pura dan kita bebas jadi diri kita sendiri...(^_^)

1 comment:

Anonymous said...

nice story. keep it up. (: