Lucky I'm Love With My Best Friend (Part 4)

"Ni nak letak kat mana?"

"Kotak letak kat situ,"arah Faris yang sedang menyusun arang untuk dijadikan pembakar untuk melakukan aktiviti bbq mereka malam ini.

Aku mengangkat kotak dengan sedikit terkial-kial.Boleh tahan berat jugak kotak ni.Tiba-tiba aku lihat Faris sudah berada di hadapanku.Ketawa kecil sambil menggelengkan kepala."Sini la kotak tu.Berkerut-kerut muka nak angkat."

"Ceh!"Aku mencebik.Aku memusingkan badan sedikit,menghalang kotak itu dari diambil oleh Faris.Aku mengangkat kotak itu perlahan-lahan.Berjaya.Aku tersenyum sambil mengenyit mata.Saja nak berlagak sebenarnya..hehe.

"Hisy..degil la anak dara sorang ni."Faris menggeleng tapi bibirnya tetap mengukir senyuman.Aku meletakkan kotak itu.Mengeluarkan isi di dalamnya.Ada ayam yang telah disalut dengan rempah,hotdog,daging burger.Barang-barang lain seperti buah tembikai,air gas,pinggan serta cawan plastik juga aku keluarkan.Wah,bestnya.Dah lama tak buat aktiviti macamni.

"Riz,banyaknya kau beli barang-barang.Boleh habis ke semua ni?"

"Boleh kot.Tu ayam tu,kan kau suka.Sebab tu aku beli banyak-banyak."

Aku menjegilkan mata.Faris ketawa besar.

"Seriusla.Macam banyak sangat je ni.."

"Hemm..tadi Razli call.Dia cakap dia pun ada kat Cherating sekarang.Aku pun tak tau bila masa diorang plan nak pergi sini.And then aku ajak la diorang join sekali bbq kita ni.Ramai-ramai syok sikit.Kau tak kisah kan?"

"Hah?Laa..bukan nak cakap awal-awal.Ish..ramai ke?"

"Dalam 3 atau 4 orang je kot.Semua classmate aku."

Aku mengangguk."Dah tu mana diorang?"

Faris tersengih."On da way.Dah suruh datang awal,tolong-tolong mana yang patut.Kan sayang?"

Aku menggeleng melihat telatahnya...


****************

Aku melabuhkan punggung di sebelah Faris.Mengadap suasana pantai di waktu malam amat mengasyikkan.Di tanganku terdapat pinggan plastik berisi ayam dan hot dog bakar.

"Wani dah okey?"soal Faris.

Aku mengangguk.Tadi semasa aku menghantar makanan kepadanya,dia sedang seronok menonton televisyen di dalam bilik.Bila aku mengajak dia join bersama untuk aktiviti malam ini,dia menolak.Dan aku menarik nafas lega.

"Riz,kenapa tak cakap Faizal ada sekali?Kalau Wani tau habislah.Meletus jugak perang dunia ketiga nanti."Aku juga tidak sangka Faizal,bekas teman lelaki Wani turut menyertai mereka di situ.Kalau la Wani tau..

"Ntah,aku pun tak tau dia join jugak.Biarlah,malam ni lepas habis semua ni diorang blah la.Jangan risau k.."

"Biar betul..aku takutla Riz.Kau bukan tak tau perangai Wani macammana..kau suruh diorang balik jela.Dendam Wani kat mamat tu tak habis lagi."

"Dont worry.Wani takkan datang sini punya.Kau jangan risau eh."

Aku memandangnya tanpa suara.Dan dia juga membalas pandanganku.Aku senyum.Faris senyum jugak.Aku angkat kening,dia pun angkat kening jugak.Aku ketawa.Dan Faris masih tersenyum merenungku.

"Hey bro..nah.Ambik ni."Razli datang lalu menghulurkan gitar kepada Faris.Datang pula tiga orang rakannya yang lain.Ika dan Halimah juga turut serta.

"Cepatlah Riz.."gesa Halimah pula.Masing-masing sudah membentuk bulatan besar,duduk dengan memegang pinggan penuh berisi makanan.

"Erk..aku pulak."

"Kau la starting.."Razli bertepuk tangan diikuti yang lain.Aku tersenyum memandangnya.Riz mengeluh sebelum mencapai gitar.Dari lagu situasi dari bunkface,satu persatu lagu indie band dinyanyikan mereka.Aku,Halimah dan Ika hanya mendengar.Sesekali ikut sama menyanyi dengan suara kecil.

"Riz..ada request.Kiteorang nak dengar lagu jiwang pulak la.Kan kawan-kawan?"ucap Razli diikuti sokongan dari yang lain.Masing-masing tersengih nakal.

"Haha..takde-takde.Korang saja nak kenakan aku."

Semua yang ada di situ ketawa besar.Pipiku terasa hangat.

"Cepatla..kiteorang cabar kau ni.Nyanyi satu lagu untuk Hana.Sebagai denda..dulu kan kau pernah cakap besar.Takkan jatuh hati dengan best friend sendiri.Sekarang tengok apa dah jadi..haha."

"Arghh..takde.Aku bukan mat jiwang la."Faris masih membangkang permintaan kawan-kawannya.

"Kau nak ke tak nak?Kalau tak nak kiteorang campak kau dalam laut tu."

"Haha..berani buatla."

Satu..dua..tiga..

Empat orang lelaki termasuk Razli bangun.Dan Faris juga bertindak cepat melarikan diri.Berlaku adegan kejar mengejar antara mereka.Aku menepuk dahi.Hisy..macam budak-budak.Nak suruh Faris menyanyi lagu jiwang untuk aku depan orang ramai?Dalam mimpi jela..

Dua puluh minit kemudian kelima-lima anak muda itu datang kembali dengan termengah-mengah.Aku,Halimah dan Ika yang bosan menunggu sudah melicinkan pinggan yang penuh berisi makanan tadi.Entah apa yang diorang buat pun aku tak tau.Dahlah tiba-tiba hilang dari pandangan.

Razli berdehem.Faris memegang gitar,berjalan perlahan perlahan-lahan menghampiriku.Aku sedikit cuak.Member-member lelakinya yang lain sudah tersengih-sengih.Dia melutut di hadapanku.Tersenyum kecil dengan gaya selamba.

I don't know but I believe
That some things are meant to be
And that you'll make a better me
Everyday I love you
I never thought that dreams came true
But you showed me that they do
You know that I learn something new
Everyday I love you
'Cos I believe that destiny
Is out of our control
And you'll never live until you love
With all your heart and soul.
It's a touch when I feel bad
It's a smile when I get mad
If I asked would you say yes?
Together we're the very best
I know that I am truly blessed
Everyday I love you
And I'll give you my best
Everyday I love you


Selesai saja Faris menghabiskan nyanyian,masing-masing bersorak kuat.Aku pula tidak mampu berkata apa-apa.Faris tersengih panjang sebelum menggeleng kepala.

"Riz..you're the best!"

Mereka ketawa lagi.Aku menggeleng.Betulla orang cakap,budak mekanikal memang nakal.

"Eh..Wani la.."bisik Ika perlahan kepadaku.Pantas aku mengalihkan pandangan.Kelihatan Wani berdiri tegak tidak jauh dari situ.Alamak..habislah.Aku mencuit lengan Faris.Faris memandangku sebelum mengalihkan pandangan ke arah Wani.Sesaat kemudian semua mata memandang gadis itu.Keadaan yang hingar-bingar terus menjadi sunyi sepi.

Masing-masing memberi reaksi wajah yang sama.Blur!Termasuk Faizal.Pasti dia tidak tahu yang Wani juga berada di sini.Wani berdiri tanpa sebarang reaksi di mukanya.Faizal nampak serba salah.

Aku,Halimah dan Ika berpandangan sesama sendiri.Bukan aku tidak memikirkan kemungkinan yang perkara ini akan terjadi,tetapi Faris beria-ia meyakinkanku yang mereka hanya datang sekejap.Tengokla sekarang..rasanya aku dah masak dengan perangai Wani.Tidak mustahil perang dunia ketiga akan berlaku sebentar lagi.Ini semua salah kau Riz..

Masing-masing tidak berani untuk menegur Wani.Tiba-tiba gadis itu rebah lagi..

"Wani!!!"


No comments: