kenapa wanita hidup lebih lama?

Hye


Erm..bukan n3 baru jugak yg nurul upload kt cni.hehe
tp satu emel yg nurul dapat dari member
saje nak share dgn kwn2 kt cni
utk sesape yg blom bace bleh bace=)


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata... "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu....memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh....penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle... baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska......check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol.....basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap...."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner....pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku....bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh....sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."....i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?....SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat....pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

BAB 20


Sesi briefing pagi ini Ariyana rasa amat lama sekali.Penat dia mendengar celoteh dari Faris Ifwat.Perfectionist.Siapa cakap hanya bos perempuan saja yang cerewet?Lelaki itu juga boleh tahan cerewetnya.

Mula-mula dia complaint tentang layanan staff pada customer yang datang.Tak cukup mesra katanya.Bahasa Inggeris tak lancar.Customer minta produk lain,staff kasi barang lain.Nama je semua staff perempuan,tapi tahap kebersihan kedai masih belum berada pada tahap yang optimum.Perghh..suka-suka hati je dia cakap macam tu.

Ariyana tidak dapat menahan perasaan mengantuk.Semuanya kerana tidur lambat malam tadi.Dan semuanya kerana lelaki itu.Walaupun dia cuba untuk tidak terlalu memikirkannya tapi dia gagal.Tindakan lelaki itu yang menipu abah dan mamanya dirasakan agak melampau.

Tiba-tiba Ariyana menguap.Cepat-cepat ditutup mulutnya bila menyedari ada staff yang memandang.Tergamam seketika bila matanya dan mata lelaki itu bertemu.Ariyana buat-buat selamba.Terus dia memandang ke tempat lain.

“Baiklah,saya rasa itu saja yang saya nak sampaikan pagi ni.Sebarang masalah feel free to see me.”

Amy di sebelah menepuk bahu Ariyana.”Thanks.”Dan tersengih-sengih.

Ariyana sedikit terpinga-pinga.Apa aku buat?Hurm..biarlah.Dia bergegas pergi ke bahagian kaunter.Menghidupkan pc computer.Mahu memeriksa gambar yang belum sempat di print semalam.

“Morning pakcik!!”Ariyana menyapa riang bila ternampak wajah Azree.

Lelaki itu mengukir senyum nipis tanpa kata-kata sebelum berlalu masuk ke dalam studio.

“Aikk..Kenapa serius semacam je?Period ke ape?”Ariyana menggeleng sebelum menyambung tugasnya semula.

“Ooo mak kau ubi rebus mak cik kiah!!”Satu sergahan membuatkan album gambar di tangan Ariyana terpelanting.Dia mengurut-urut dada.

Amy gelak kuat.”Kau ni tak habis-habis dengan ubi rebus mak cik kiah kau tu.Dah,bos nak jumpa.”

“Hah?Dia nak jumpa aku nak buat apa?”soal Ariyana bersama kerutan di dahi.Dia,kalau boleh tidak mahu bertentang mata langsung dengan lelaki itu.

“Mana laa chek tau.Baik hang pergi cepat.Mana tau dia nak naikkan gaji hang ka,nak kasi bonus ka..hang jugak yang untung nanti,”ujar Amy dengan loghat penangnya yang entah betul entah tidak.

Ariyana mencebik.Kecil tapak tangan Gunung Kinabalu aku tadahkan kalau betul-betul dia nak naikkan gaji.Tapi rasanya lebih kepada nak mencari pasal kot.

Pintu bilik lelaki itu diketuk sekali.

“Masuk.”

Tidak dapat tidak,Ariyana tetap rasa berdebar bila berhadapan dengan lelaki itu.Pintu dibuka perlahan-lahan.

“Duduklah.”Faris Ifwat mengangkat muka.Pen diletakkan di atas meja.

“Encik Faris nak apa?Saya ada kerja kat luar.”Ariyana menolak dengan lembut.Adab-adab ketika bercakap dengan bos masih diamalkan buat masa ini.

Faris Ifwat mengeluh kecil.Ariyana melihat reaksi lelaki itu.Semacam sedang menanggung masalah yang berat.Ada rasa ingin tahu di benaknya tapi mustahil untuk dia bertanya.Sudahnya dia hanya menunggu Faris Ifwat meneruskan bicara.

“Hurm..saya tak nak awak salah anggap tentang hubungan saya dan Maria.

Ariyana mengerut dahi.Maria?Siapakah?

“Err..Maria?”

Faris Ifwat mengangguk.”Girl yang kita jumpa kat restaurant tu.”

“Owh..”Ariyana mengangguk-angguk.Gadis seksi yang cantik itu,Maria namanya.

Faris Ifwat melihat reaksi di wajah gadis itu.Tiada sebarang reaksi cemburu,mahupun curious untuk tahu lebih lagi.

“She was my friend since we’re in university.Dah lebih lima tahun saya kenal dia.”

Ariyana mengangguk-angguk lagi.

“She’s hot right?”Faris Ifwat mula rasa geram bila Ariyana tidak menunjukkan sebarang reaksi.Lain yang dirancang untuk dikatakannya,lain pula yang terjadi.Dia mengharapkan gadis itu akan menunjukkan reaksi cemburu,dan dia akan meluahkan perasaannya.Mungkin juga dia akan dapat melihat gadis itu menangis,seperti sebahagian gadis yang pernah menangis ketika meluahkan perasaan kepadanya.Tapi ternyata dia silap.

“Yeah,she’s beautiful.”Ariyana menjawab pendek.Lebih kepada menjaga hati sebenarnya.Dia sendiri tidak tahu kenapa lelaki itu menggembar-gemburkan keistimewaan yang ada pada Maria.

“Encik Faris,kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu.”

“Tunggu.”

Ariyana yang mahu melangkah keluar terhenti.

Faris Ifwat bangun dari tempat duduk.Berjalan mundar-mandir tanpa tujuan.

Ariyana mengerut dahi.Pening melihat lelaki itu.Adakah dia disuruh tunggu hanya untuk melihat lelaki itu catwalk di hadapannya.?

“Encik nak tawaf satu bilik ni ke?”

Langkah Faris Ifwat terhenti.”Awak perli saya ke?”

Ariyana menyembunyikan senyumannya.Dia menggeleng.

Wajah Faris Ifwat tetap kelihatan resah.”Hurm..awak boleh keluar sekarang.”

Ariyana mengerut dahi.Disuruh masuk ke office hanya untuk mendengar lelaki itu bercerita mengenai Maria dan kemudian disuruh keluar begitu saja?Ini dah melampau ni.Ariyana menjeling Faris Ifwat tajam.

“Awak ingat kalau awak ni bos,awak boleh buat suka-suka hati je?Awak ingat tenaga yang saya guna nak pergi berjalan ke bilik awak ni percuma ke?Kalau macam ni la perangai awak,tak mustahil satu hari nanti staff-staff perempuan awak yang cantik-cantik tu semuanya mintak resign.Awak tahu tak?”Ariyana membuat muka garang.Berkerut-kerut kening dan bibirnya menahan marah.Sayangnya lelaki itu sudah menumpukan perhatian pada laptop di hadapannya.Sikit pun muka gadis itu tidak dipandang.Dan sayang juga kata-kata Ariyana sebenarnya hanya mampu bergema di dalam hati saja…

Ariyana menggigit bibir.Mengangkat jari telunjuknya,menuding jari ke arah lelaki itu.”Urghhhh.”Beribu-ribu perkataan yang terkumpul di dalam otaknya tadi berterbangan entah ke mana-mana.Hanya satu perkataan itu mampu diluahkan.Ariyana terus keluar dari bilik lelaki itu dengan perasaan berbuku.

Faris Ifwat mengangkat muka sebaik saja gadis itu menutup pintu.Dia menyandar badan ke kerusi.Sesuatu berlegar di fikirannya.Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Dia sedar pandangan buruk Ariyana pada dirinya.Dia tahu Ariyana gadis yang berani.Tapi suatu yang perlu gadis itu tahu,lelaki bernama Faris Ifwat tidak pernah gagal untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.Perlahan-lahan Faris Ifwat mengukir senyum.Senyum penuh makna.Mungkin dia perlu memulakan tindakan yang lebih drastik.Lebih dari dulu…

************

“Oit Azree.Tunggu kejap!”

Ariyana berlari-lari anak mengejar Azree.Azree menghentikan langkah tanpa memandang Ariyana.

Ariyana tercungap-cungap kepenatan.Besar juga langkah mamat ni.Azree memandang dengan muka tak berperasaan.

“Nak apa?”soalnya pendek.

“Nak ajak kau makanlah.Jom..perut aku dah buat konsert Black Eyed Peas ni.Heee..”Ariyana tersengih.

“Aku dah makan tadi.”

Sengih di bibir Ariyana hilang perlahan-lahan.”Dah makan?Hurm..tak pelah.”

Azree tetap dengan muka keringnya.

“Nampaknya makan dengan Dewi jelah tengahari ni,”sambung Ariyana lagi.Guna cara psikologi pulak.

Azree tidak menjawab.Ariyana senyum terpaksa,kemudian terus berjalan perlahan-lahan meninggalkan lelaki itu.Satu..dua..tiga..!!Mengharapkan Azree akan memanggilnya semula.Tapi..hampa.Sambil berjalan otaknya ligat memikirkan perangai Azree yang pelik itu.Aku ada tersalah cakap ke?Rasanya tak pun..Sebab dia tahu Azree bukanlah jenis orang yang berjiwa sensitif.Cakaplah apa saja,benda serius pun dianggapnya main-main.

Mungkin dia ada masalah kot.Masalah apa?Result SPM?Kalau pasal tu,bukan masalah Azree seorang saja.Itu masalahnya juga.Takkan mamat tu tension pasal tu kot.Habis pasal apa?Cinta??Huh!Lagi tak munasabah.Awek pun tak ada.Masalah duit??Lagi tak mungkin.Anak orang berada pun ada masalah duit..pelik tu.Lainlah macam dia,perlu bekerja untuk mendapat apa yang diidamkan.Tapi itu bukan isunya sekarang.Dia bahagia dengan apa yang dilakukan sekarang.Tak banyak masalah pun bekerja di Wisma Beta Siber ni,melainkan masalah dengan lelaki bernama Faris Ifwat tu.Yang lain semua okey.

Dia pun sudah selesa bekerja di Foto Siber.Tak adalah teruk sangat kot.Tetap menarik dan mencabar.Perspepsinya juga sudah mula berubah sedikit demi sedikit.Banyak pengetahuan baru yang diperolehinya.

********

You've no need to light a night-light..On a light night like tonight, For a night-light's light's a slight light, And tonight's a night that's light. When a night's light, like tonight's light, It is really not quite right.. To light night-lights with their slight lights..On a light night like tonight.

Azree ketawa terbahak-bahak.Ariyana mencebik bibir.Hampir tergeliat lidahnya menyebut perkataan yang diberikan oleh lelaki itu.

“Okey-okey.Try sekali lagi.”

“Tak nak.Suka la kau kan,dapat kenakan aku.”Ariyana memuncungkan bibir.

Azree ketawa lagi.”Mestilah.Bukan senang nak tengok muka kelam kabut prefect cool macam kau ni.”

Ariyana mendengus geram.Kertas di tangan Azree yang diserahkan tadi diambil semula.Dia menarik nafas panjang.Dan dengan sekali nafas dia cuba membaca ayat itu.

“Yes!!How is it?”soal Ariyana riang.Rasanya dia dah berjaya.

Azree memandang jam di tangan.Senyum nakal diukir.”10 second.Not successful.Try again.”

Ariyana mencebik lagi.Geramnya.Sekali lagi ayat itu dibaca laju-laju.Rasa macam hendak tersimpul lidahnya.Air liur pun rasa macam nak tersembur.

“Huh.. kenapa ayat macam ni pun ada kat dunia ni.Kalau kasi nenek aku baca pun boleh tercabut gigi palsu dia tau.Kau boleh..”

Kata-kata Ariyana terhenti setakat di situ.Dia memetik jari di depan muka Azree yang tiba-tiba senyap.Merenung tepat mukanya.

“Oittt!!”

Azree yang seperti baru tersedar menggeleng kepala.Wajahnya berubah.Ariyana memandang pelik.Apa kena ntah dengan mamat ni.

“Haa..macammana?Berjaya tak?”soal Ariyana penuh harapan.

Azree bangun dari tempat duduknya.Menggeleng dan tersenyum nakal.”Tak.”

“Tipu!!Aku tak nampak kau kira masa pun.”Ariyana membantah tidak puas hati.

Azree mengangkat bahu.”Sebagai denda,exercise add math pada hari ini,Cik Ariyana Binti Hashim yang akan tolong siapkan.Thanks honey.”

Azree gelak lagi.Ariyana merungut geram.Tapi nak buat macammana,dia juga yang berjanji tadi.

“Eiii.”Pemadam papan hitam dicampak ke arah lelaki itu.Tapi sayang,Azree sempat mengelak,dan sasaran terus pergi kepada Encik Hafiz,guru Kimia a.k.a guru disiplin yang baru hendak masuk ke kelas.Dan selepas itu,mereka berdua masing-masing disindir di dalam kelas.

Ariyana tersenyum kecil.Kenangan zaman sekolah,amat manis untuk dikenang…

BAB 19


Faris Ifwat menarik nafas tercungap-cungap.Ariyana yang berada tidak jauh dipandangnya dengan perasaan lega.Syukurlah gadis itu masih menunggu di situ.Tanpa berlengah dia menuju ke arah mereka.

Tiga orang makhluk tuhan di situ memerhatikan langkahnya dengan reaksi muka yang berlainan.Dewi memandangnya dengan pandangan sinis.Azree pula,sudah bersandar di kereta dengan muka bosan.Ariyana?Melarikan pandangan bila mata mereka bertemu.

Faris Ifwat berdiri berhadapan dengan Ariyana.Dia menggaru kepala.Tidak tahu bagaimana untuk memulakan.Tambahan pula Ariyana langsung tidak memandangnya.

“Angah,jomlah.”Azree dengan muka letih bersuara.

“Encik Faris,saya pun nak balik.Parents saya dah banyak kali call.”Dewi turut menggesa.Sebenarnya pada saat itu dia mula rasa meluat dengan lelaki itu.Tanggapan baiknya selama ini pada Faris Ifwat adalah meleset.Disangkanya lelaki itu benar-benar suka pada Ariyana.Tapi bila melihat peristiwa yang berlaku tadi,tanggapannya berubah seratus peratus.Berlaga pipi,berpelukan mesra antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,budaya apa itu?Dasar lelaki.Huh!

“Hurm..baiklah.”Faris Ifwat membuka pintu kereta dengan lemah.Dia sendiri tidak dapat meneka perasaan Ariyana pada ketika itu.Marah atau tiada apa-apa perasaan?Dia sendiri tidak tahu.

Sepanjang perjalanan semuanya senyap.Faris Ifwat mencuri pandang ke arah Ariyana.Gadis itu memeluk teddy bear katak sambil membuang pandang ke luar.Pandangannya beralih pada Dewi.Kebetulan gadis itu sedang menjeling tajam padanya.Gulp!Faris Ifwat menelan air liur.

Sampai di depan rumah Dewi,Faris Ifwat memberhentikan keretanya.

“Yana,be careful,”bisik Dewi perlahan ke telinga gadis itu.Ariyana yang sedikit terpinga mendengar pesanan itu hanya mengangguk seperti burung belatuk.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye.”Dengan ucapan ringkas itu,Dewi cepat-cepat keluar dari kereta.Malas dia mahu menghadap muka lelaki kasanova itu.

“Sama-sama.Dewi,don’t worry.Tomorrow I’ll make sure your bicycle is there,in front of your house.”

Dewi mengangguk.Tapi selepas kereta Faris Ifwat berlalu pergi,baru dia terfikir tentang kata-kata lelaki itu.Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.”Basikal?Depan rumah?Tapi macammana?”

Selepas itu,selang beberapa rumah Faris Ifwat sekali lagi memberhentikan kereta.Kali ini di hadapan rumah Ariyana.Fuhh..Ariyana menarik nafas lega.Kereta abah tiada di halaman rumah.Bermakna abahnya belum balik lagi.

Faris Ifwat memandang Ariyana.Sayang mata gadis itu tetap tidak mahu memandangnya.Baru disedari teddy bear berbentuk katak itu masih dipeluk dari tadi.Ariyana cepat-cepat meletakkan teddy bear itu untuk di tempat duduk sebelah.Dia mengambil beg tangannya.

“Encik Faris,terima kasih.Azree,bye,”ucap Ariyana tanpa memandang Faris Ifwat,hanya memandang Azree.

Azree mengukir senyuman nipis.Tanpa sebarang kata-kata.Ariyana menutup pintu kereta.

“Ariyana!Tunggu sekejap.”Faris Ifwat juga keluar dari dalam kereta.Ariyana mendengus kasar.Apa lagi mamat ni nak?Dia mematikan langkah,berdiri tegak menanti lelaki itu.Faris Ifwat menghulurkan sesuatu.”Ambillah.I know you like it.”

Ariyana menggeleng,memandang teddy bear bentuk katak yang dihulurkan kepadanya.Memang dia sudah suka pada teddy bear itu sejak melihat teddy bear yang hampir sama di mall tadi.Tapi untuk menerima pemberian dari lelaki itu tidak mungkin baginya.

Ariyana mahu masuk ke rumah bila Puan Aminah tiba-tiba keluar.

“Ma..”Ariyana serba salah.

Faris Ifwat terus menghampiri Puan Aminah lalu bersalam dengan wanita itu.Kelihatan cukup bersopan sekali.Ariyana mencebik bibir.Hipokrit!

“Kalau tak silap ni bos Yana yang datang hari tu kan?”soal Puan Aminah.Faris Ifwat mengangguk sambil tersenyum.

Puan Aminah mengalih pandangan kepada Ariyana pula.“Ha..kamu Yana,kenapa balik lambat ni?Basikal kamu mana?”

“Err..”

“Maafkan saya mak cik.Sebenarnya saya bawa Ariyana dan Dewi pergi makan.Temankan adik saya yang tiba-tiba sakit perut tadi.”

Puan Aminah mengangguk-anggukkan kepala mendengar penjelasan dari Faris Ifwat.Pelik,emaknya tidak pula banyak soal atau membebel.

“Oh ya,Ariyana..esok saya akan hantar orang untuk ambil basikal awak.”Faris Ifwat menujukan kata-kata pada Ariyana pula.Ariyana mengerut dahi.Tapi dia malas mahu menjawab.

“Ma..Yana masuk dalam dululah.”Dan selepas itu dengan langkah longlai dia masuk ke dalam rumah.

Faris Ifwat memerhatikan gadis itu sehingga hilang dari pandangan.

“Ehem..”Puan Aminah berdehem kecil.

Faris Ifwat tersipu.”Erm..tak apalah.Kalau macam tu saya balik dulu.Assalamualaikum mak cik.”

“Waalaikumussalam.”Selepas lelaki itu pergi,Puan Aminah masuk ke dalam.”Yana,sini kejap.Mama ada hal sikit nak tanya.”

Ariyana mengerut dahi.Nampak macam serius je.Dengan memegang tuala di tangan,dia duduk di sisi mamanya.

“Kenapa ma?”soal Ariyana.Dia melentokkan kepala di bahu Puan Aminah.Manja.

“Kerja macammana?Okey?”

“Hurm..okey kot,”balas Ariyana pendek.Kedengaran antara yakin dan tidak.

“Aik,macam tak confident je.Ok ke tak ni?”

Ariyana mengeluh.”Okey tu okey..cuma penat sikit.Customer ramai sangat kat situ.Sakit-sakit badan Yana ni ma.Adoi..”Ariyana menepuk-nepuk lengannya sendiri.

Puan Aminah tersenyum.”Macam tulah kerja.Dulu mama suruh duduk kat rumah je tak nak.Nak sangat kerja.”

“Tapi Yana happy ma..sebab tak lama lagi Yana boleh beli apa yang Yana nak tu.Biar penat sekarang takpe.”

Puan Aminah menggeleng.Degil anaknya itu sama seperti bapanya juga.Tapi dia tahu,Ariyana pandai menjaga diri.Cuma ada sesuatu yang membimbangkannya sejak Ariyana bekerja di Wisma Beta Siber.

“Yana,mama harap Yana jangan terlalu rapat dengan Encik Faris tu.”

Ariyana sedikit tersentak mendengar kata-kata Puan Aminah.Dia mengangkat kepala.”Ma,Yana tak pernah rapat dengan dia pun.He’s only my boss.”

“Hurm..dah dua kali dia datang sini.Nasib baik abah tak ada.Sebenarnya hari tu abah benarkan dia bawa Yana keluar sebab Encik Faris cakap ada family day untuk Wisma Beta Siber.Tapi bila Yana cakap Yana keluar main bowling,tengok wayang..abah dan mama terkejut.Tapi kami berdua senyap je.Cuma abah pesan,suruh mama sampaikan pada Yana.Dia tak suka kalau Encik Faris datang lagi.”

Ariyana membulatkan mata.Seperti tidak percaya dengan kata-kata Puan Aminah.Terjawab sudah pertanyaan yang membelenggu otaknya.Patutlah Encik Hashim membenarkannya keluar bersama Faris Ifwat tempohari.Pasti lelaki itu memutarbelitkan kata-kata.

Hati yang sedang hangat menjadi semakin membara.Nampaknya dia mempunyai satu lagi sebab untuk menjauhi lelaki kasanova itu!

**********

“Yana!Yana!”

“Kejaplah.”Ariyana keluar dari rumah dengan tergesa-gesa.Rambutnya yang tidak sempat diikat cepat-cepat ditocang satu.

“Eh,mana kau jumpa basikal ni?”soal Ariyana pelik.Dibelek-belek basikal yang dibawa temannya itu.Serupa dengan basikal yang hilang semalam.

Dewi mengangkat bahu.”Itu yang aku pelik tu.Keluar rumah je tengok basikal aku ni dah ada kat depan pagar.”

Ariyana tidak sempat menjawab kata-kata Dewi bila dilihatnya basikalnya juga ada di depan pagar.

“Eh,basikal kau pun ada Yana?”

Ariyana mencebik.”Aku rasa aku tahu ni kerja siapa.”

“Siapa?”soal Dewi lurus.

“Siapa lagi.Lelaki kasanova tu la.”Ariyana menjawab geram.

“Erkk..maksud kau Encik Faris?”

Ariyana tidak menjawab soalan itu.Dia memandang Dewi.”Dewi,kenapa kau tak cakap pasal time square tu,Encik Faris tipu abah aku.Kalau mama aku tak bagitahu semalam,sampai mati pun aku tak tahu agaknya korang semua berkomplot dengan dia.”

Dewi menggaru kepala.”Err..Yana.Sorry.Sorry sangat-sangat.Aku tak bermaksud nak rahsiakan dari kau.Aku..aku ingatkan Encik Faris tu betul-betul suka kau.”

“Dewi..kenapa kau selalu anggap macam tu.Aku dah cakap kan,aku tak suka dia.Aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia pun.I am too young for all this things..”ujar Ariyana sedikit emosi.Entah kenapa dia berasa tertekan dengan hal ini.Sudah banyak kali dijelaskan pada Dewi,tapi gadis itu tetap menganggap Faris Ifwat menyimpan perasaan kepadanya.Semua itu tidak mungkin akan terjadi.Mustahil.

Dewi memegang tangan Ariyana,dengan muka betul-betul bersalah.”Yana,aku nak mintak maaf.Kalau aku tahu Encik Faris tu macamni,sumpah potong jari pun aku takkan tolong dia.Aku ingat dia ikhlas.Tapi lepas aku tengok perangai dia semalam,baru aku tahu dia bukan lelaki yang baik untuk kau.Yana..maafkan la aku,lepas ni aku janji takkan buat lagi.”Suara Dewi seperti hendak menangis.

Ariyana mengalihkan pandangan ke arah Dewi.Melihat mata gadis itu yang mula merah,bibir pula sudah mula mencebik seperti hendak menangis,Ariyana menggaru kepala.Dia pula yang over touching dari aku ni.

“Dahlah,aku tak salahkan kau.Aku tau niat kau baik.Tapi lepas ni tak payah la nak buat apa-apa untuk rapatkan aku dengan Encik Faris tu okey.”

Dewi mengangguk.“Yana!!”Dan tubuh langsing Ariyana terus dipeluknya.Teresak-esak dia menangis di bahu temannya itu.Ariyana kehilangan kata-kata.Adoi..lupa pula dengan perangai Dewi yang sedikit sensitif itu.Kalau rasa bersalah mula menguasai diri,pasti gadis itu akan menangis.

“Syhhh..dahlah tu Dewi.Aku bukannya salahkan kau.Err..dah ye.Kita dah lambat nak pergi kerja ni.”Ariyana menepuk-nepuk belakang badan Dewi.

“Betul ni kau tak marah dah?”soal Dewi dalam sedu-sedan.

“Betul.Aku tak marah kau pun.Aku tak pernah marah kawan-kawan aku.Dah eh,buruk la rupa kau kalau menangis.”

Dewi senyum mendengar kata-kata itu.Ariyana juga.Segera dia mengelap air mata di pipi Dewi.

“Ha..macamtulah.Dah jom..kita dah lambat ni.”

Ariyana naik ke atas basikalnya.Begitu juga Dewi.Masing-masing mengayuh basikal menuju ke Wisma Beta Siber.