BAB 1

Ma,abah...yana nak kerja!!!


"Ma,bolehla..Yana boringla duduk kat rumah je.Kalau Yana kerja boleh jugak cari duit poket.Lagipun semua kawan-kawan Yana cari kerja part time sementara tunggu result SPM ni.Bolehla ma..boleh la..."rayu Ariyana untuk kali yang kesembilan pada hari ini.

Puan Aminah menggeleng untuk kesekian kalinya."Tak payahla kerja.Dahla sebelum ni Yana belajar kat asrama.Duduk rumah ni,tolong mama masak.Umur dah 18 tahun,tapi masak nasi pun tak lepas lagi.Macammana nak kahwin nanti..Mama masa umur sebaya kamu ni,dah expert dah bab masak-masak ni tau.Petik jari je.."bebel Puan Aminah.

Ariyana mengeluh.Bosannya..Asyik-asyik ayat yang sama je..Masak..kemas rumah..Hisy..habislah rancangan aku.Bayangan Macbook brand Apple yang dilihatnya di Wisma BS atau nama penuhnya Wisma Beta Siber tempohari jelas bermain di kepala.Berlegar-legar bagai putaran bumi mengelilingi matahari.

Kalau dia tak kerja,musnahlah impiannya untuk memiliki Macbook itu.Ariyana tidak mahu menyusahkan ibu bapanya.Dia tahu ibu bapanya tidak berkemampuan untuk memenuhi permintaannya itu.

"Tapi ma,Yana bosan la duduk rumah je.Yana nak cari pengalaman.Yana.."

"....kamu nak cari kerja kat mana?"soal Encik Hashim tiba-tiba.Sejak tadi bapanya hanya mendiamkan diri tanpa memberi sebarang komen.

Yesss!!!Ariyana tahu,harapannya memang cerah sekarang.Bila bapanya sudah membuka mulut bererti mamanya harus menutup mulut.Encik Hashim memang pendiam tetapi sesekali dia bersuara,kata-katanya wajib dituruti!

"Emm..kat mana-mana jela,janji kerja.Yana tak kisah.."ujar Ariyana tersenyum simpul.

"Hmm..cari kerja dekat-dekat sini je.Jangan jauh-jauh."

"Tapi bang..."sampuk Puan Aminah tidak puas hati.

"Biarlah dia kerja,cari pengalaman.Daripada duduk kat rumah ni,makan tidur je.Nanti awak jugak yang penat membebel hari-hari."


Puan Aminah mendengus."Saya bukannya apa,saya takut bila dia dah pegang duit nanti..dia malas pulak nak sambung belajar."

"Saya percaya Yana tak macam tu.Dia boleh fikir baik buruk masa depan dia sendiri."

Yess!Yess!Yess!Ariyana bersorak riang di dalam hati.Waa..sayangnya kat abah!

“Baiklah abah.Yana janji akan jaga diri dan kerja bersungguh-sungguh.”

Puan Aminah menjeling kedua-dua beranak itu.Membentak di dalam hati.Eiiiii....


******************************


"Dewi,tengoklah Macbook Apple tu..Ya Allah..cantiknya!"Ariyana memandang MAcbook yang diletakkan di dalam almari bercermin itu dengan perasaan teruja.Sudah lama dia mengidamkan untuk memiliki Macbook itu.

Macbook berwarna putih itu ditenungnya lama-lama sehingga pandangannya kabur.Hanya tuhan saja yang tahu betapa dia menginginkan macbook itu.Bila melihat ada rakan yang menggunakan Macbook itu,pasti dia berasa sangat cemburu.

Tiba-tiba dia terasa memasuki dunia yang lain.Sedang berjalan seorang diri di tempat itu,seorang lelaki yang tidak dikenali datang kepadanya lalu menghulurkan sebuah Macbook.Ariyana berasa sangat teruja kerana apa yang diidamkan sudah berada di depan mata.Dan bila dia mahu mengambil Macbook itu,datang pula seorang lelaki yang lain.Menghulurkan sebuah kotak kecil dan bila dibuka,kelihatan sebentuk cincin emas putih di dalamnya.

Ariyana terpaksa menarik kembali tangannya dari mengambil Macbook bila lelaki di hadapannya menyuruhnya membuat pilihan.Macbook atau cincin.Walaupun jiwanya mendesak untuk mengambil Macbook ,tetapi hatinya tiba-tiba jatuh kasihan melihat wajah pemuda yang memegang kotak cincin itu.Nampak begitu berharap.

Ariyana resah.Antara Macbook dan cincin emas putih.Dia tidak boleh membuat pilihan sekarang.Tapi kedua pemuda itu tidak mempedulikan keresahan Ariyana.Mereka berdua semakin menghampiri sambil menghulurkan benda di tangan mereka kepada Ariyana.Ariyana menjadi takut lalu berundur ke belakang.

“Tolong.Jangan apa-apakan saya,”rayu Ariyana separuh menjerit.

Lelaki yang memegang Macbook itu ketawa besar.”Aku bukan nak apa-apakan kau.Aku Cuma nak kasi Macbook ni.Bukan ke benda ini yang kau mahukan selama ini.Nah,ambillah.”

“Betul ke?”soal Ariyana tidak percaya.

Lelaki itu mengangguk.”Ambillah.Free of charge.”

Ariyana bersorak gembira.Tetapi belum sempat dia mengambil Macbook dari tangan lelaki itu,lelaki yang lagi seorang pula menjerit.”Tak boleh.Kau tak boleh ambil benda tu.Tak ada apa yang lebih besar nilainya dari cincin ni.Cincin ni lambang cinta kita.Kau kena ambil cincin ni!”Lelaki itu bersuara marah.Dia mencapai tangan Ariyana dan berkeras untuk menyarungkan cincin itu ke jari Ariyana.

Ariyana meronta-ronta.”Tak nak.Aku tak cintakan kau.Aku tak kenal kau siapa.Aku nak Macbook ni jugak!”

Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata Ariyana.

“Tak nak!Tak nak lah.Tak nak!!”Ariyana hampir menangis kerana ketakutan.Tiba-tiba dia memandang tin minuman di tangannya.Tanpa berfikir panjang,dengan sepenuh hati dia menyimbah wajah lelaki itu dengan air.Bukan itu saja,dengan tin minuman itu sekali dilempar ke arah lelaki itu.Biar padan muka.

“Eh!!Apa ni?”Sergahan seorang lelaki membuat Ariyana kembali ke alam nyata.

Ariyana terkebil-kebil memandang lelaki itu.Dia ternganga melihat tin minuman yang sudah jatuh ke atas lantai dan baju kameja lelaki itu yang sudah basah dengan air minuman.’Alamak!!’

“Yana,apa kau buat ni?”Dewi bertanya cemas,menghampiri kawannya itu.

Lelaki itu meraup mukanya yang turut basah.Matanya terpejam dengan bibir yang diketapkan.Free-free je kena simbah dengan air.

“Err..encik tak apa-apa ke?”

Perlahan-lahan lelaki itu membuka matanya.Ariyana yang ingin menghampiri perlahan-lahan mengundurkan langkahnya apabila melihat renungan mata lelaki itu yang menakutkan. Perasaan cuak dan takut menguasai diri bila lelaki itu masih memandangnya tepat.

Ariyana mencebik bibir.Perasaan cuak dan takut tadi mula bertukar menjadi pelik bila lelaki itu tidak berhenti merenungnya.’Eh,apa ni pandang-pandang..kalau nak marah,marah jelah.Lempang karang.’Ariyana buat muka.

“Riz..are you ok?”Wanita di sebelah lelaki itu bersuara.Barulah lelaki itu mengalihkan pandangan matanya untuk sementara.

“Riz,we’re late.Kita ada meeting ni.Tapi baju you..So how?”Walaupun perlahan,namun Ariyana masih dapat mendengar kata-kata wanita anggun itu.

Dan lelaki itu pun bagaikan baru menyedari keadaan pakaiannya.”Shit.”Dia mengetap bibir.Pandangan kembali dihalakan ke arah Ariyana.Ariyana yang baru hendak berasa lega kembali menjadi cuak.Perlahan-lahan lelaki itu menghampiri Ariyana.

“Kau bernasib baik hari ni.Semoga kita tak berjumpa lagi.”Dia berbisik perlahan sebelum berlalu pergi.

Ariyana menarik nafas lega.Kemudiannya mengeluh perlahan.”Haih..apa aku dah buat ni.Adoi…”

“Tulah…berangan lagi.Aku pun tak faham,macammana kau boleh berangan siang-siang hari ni.Lepastu berangan macam real pulak tu.Hish!!”bebel Dewi.

Ariyana mengerutkan muka.Tapi..macam betul-betullah tadi”Ariyana cuba mengingati kejadian di mana dia diberi pilihan untuk memilih Macbook ataupun cincin itu.Disusuli dengan wajah lelaki yang disimbahnya dengan air itu.Haih,tak pasal-pasal lelaki itu yang menjadi mangsa.

“Dah-dah,jangan nak berangan lagi.Jom balik.”Dewi menarik tangan temannya itu.

”Sebelum beredar sempat lagi Ariyana merenung Macbook di dalam almari kaca itu.

“Bye.Insyaallah satu hari nanti aku bawak kau keluar dari Wisma BS ni.Bye-bye Macbook.”Ariyana tersenyum sambil menarik nafas panjang.Cuba melupakan kejadian tadi.

Ariyana dan Dewi lantas keluar dari Wisma BS dan berjalan menuju ke arah basikal mereka.

“Tapi Yana,mamat yang kau singgah dengan air tadi..ermm..good looking kan.Muka macam Awal Ashaari tu,”kata Dewi sambil tersengih-sengih.

“Hah?Hish..pelik ada lah.”

“Mana ada pelik.Nasib baik dia tak mintak ganti rugi tau.”

Ariyana diam.Kata-kata terakhir lelaki itu tiba-tiba berlegar di kepala. ‘Kau bernasib baik hari ni.Semoga kita tak berjumpa lagi.’

‘Kenapa,nak balas dendam?’Ariyana mengejek dalam hati.

Senyuman nakal tiba-tiba terukir di bibirnya.’Insyaallah kita takkan berjumpa lagi’


Ariyana memandang kereta BMW yang diletakkan betul-betul di sebelah basikal mereka.

"Dewi,mana pulak datang kereta besar ni kan?Tadi aku tak nampak pulak."

"Aah la..tadi takde pun.Emm...Yana,aku rasa kita dah salah parking basikal kita laa."Dewi menunjuk ke arah papan tanda yang terletak di sebelah kereta itu.Sepertinya ruang itu telah disediakan khas untuk kereta BMW itu.


"Hah?Ye ke?ala..rilek la,kita cuma letak basikal je..bukannya kereta pun.Jomla blah cepat."Ariyana sudah naik ke atas basikalnya dan bersedia untuk beredar.Dewi yang berbadan gempal itu turut naik ke atas basikalnya.


Mata Ariyana tiba-tiba tertancap pada seorang lelaki yang sedang cuba meragut beg dompet seorang lelaki tua.Kejadian yang berlaku terlalu pantas.Dan tanpa diduga,lelaki itu berlari menuju ke arahnya.Ariyana tidak sempat berfikir apa-apa.Dia terus turun dari basikal dan menolak basikal itu sekuat hati ke arah lelaki itu.Hasilnya,dia dan lelaki itu sama-sama terjatuh.Beg dompet yang dicuri turut terjatuh.Lelaki itu cuba mengambil beg dompet itu tetapi Dewi yang dari tadi hanya melihat terus memukul lelaki itu sekuat hati.


Lelaki itu terus melarikan diri bila melihat seorang pengawal keselamatan berlari ingin mengejarnya.

"Yana,kau ok tak?"soal Dewi cemas sambil menarik Ariyana bangun.

"Aku ok."Ariyana mengambil beg dompet tadi lalu melihat tangannya.Sikunya terluka sedikit akibat terjatuh tadi.


Lelaki tua itu menghampiri mereka."Anak tak apa-apa?"

Ariyana menggeleng."Kami ok.Ni dompet pakcik."Ariyana menyerahkan dompet tadi kepada lelaki itu.

"Tangan anak terluka tu.Mari pak cik hantarkan pergi klinik."

"Eh,takpelah.Sikit je ni.Emm..kami balik dulu la pakcik,"ujar Ariyana memandang lelaki itu.Dia sedikit tergamam.Entah kenapa wajah lelaki tua itu mengingatkannya kepada seseorang.

"Tunggu dulu.Terima kasih sebab selamatkan dompet pakcik.Ini nombor telefon pakcik.Anak pergi klinik ambil ubat,nanti telefon pakcik claim bil ubat tu."Lelaki tua itu menghulurkan kad namanya.

Ariyana mengambil kad itu.Dia dan Dewi membaca nama yang tertulis di situ.Tan Sri Baharudin Bin Majid,Pengarah Urusan Wisma Beta Siber.Hah??Mereka berpandangan sesama sendiri.Masakan lelaki yang berpakaian t-shirt putih pagoda dan berseluar hitam ini adalah pengarah urusan syarikat yang besar dan gah di Kuala Lumpur ?

"Err..pakcik bos besar kat sini ke?"soal Dewi.Dia tidak dapat menahan keinginan untuk tahu.

Lelaki tua itu hanya tersenyum.Ariyana juga agak terkejut.Betullah kata orang..dont judge the book by its cover..

"Err..pakcik,saya nak tanya sikit boleh tak?Kat sini ada kerja kosong tak?"soal Dewi lagi.Betul-betul soalan yang tidak disangka.Ariyana menyiku lengan Dewi.Hisy..tak malu betul!

Lelaki yang bernama Tan Sri Baharudin itu tersenyum melihat gelagat anak-anak muda remaja itu."Anak tengah cari kerja ke?"

Dewi tersipu-sipu malu."Haah.Kami sebenarnya baru lepas habis SPM pakcik.Ingatkan nak cari kerja part time sementara tunggu result."

"Kalau macam tu,anak boleh datang untuk training esok.Pukul 8,kat tingkat 4 Wisma BS ni.Emm..cuma pastikan datang tepat pada waktunya.Pak cik paling tak suka orang yang lewat."


Mereka berdua berpandangan lagi.Lelaki itu hanya tersenyum sebelum berlalu menuju ke arah kereta BMW di sebelah mereka.Dan selepas lelaki tua itu berlalu,mereka masih terpinga-pinga.


"Aku macam tak percaya jela.Macam-macam benda jadi hari ni.Aku rasa macam bermimpi je,"ujar Ariyana dengan mata terkebil-kebil.

"Aku pun.Tapi ni peluang kita Yana.Tak payah interview..tiba-tiba je terus dapat kerja.Kerja kat Wisma besar macam ni pulak tu."

"Tapi kan..pakcik tu boleh percaya ke?Gaya tak macam bos pun.."ucap Ariyana ragu-ragu.

"Hmm..ntah lah.Aku pun tak tau.Mungkin jugak ni tuah kita.Who knows kan?Tapi..kalau kita nak tau betul ke tak..esok sharp pukul 8,kita mesti datang sini.Set?"

"Set.."Ariyana ketawa kecil sambil mencapai basikalnya.


2 comments:

DianaTakyuddin said...

permulaan yg baik..hehe

fndrocka said...

simpati kat peragut tu