BAB 5

Hari pertamanya dirasakan begitu lambat sekali berlalu.Hari yang senang kerana dia masih belum tahu membuat apa-apa di sini.Jadi dia hanya menjadi penyambut tetamu.Tersenyum bila customer datang.Selainnya dia hanya memerhatikan rakan-rakan sekerjanya bertugas.Izzah juga telah memberinya satu buku panduan tentang segala peraturan di Foto Siber dan maklumat am tentang tugas-tugasnya di sini.Wah,boleh tahan juga susahnya.Ingatkan senang je kerja kat Foto Siber.Tentu ini semua juga idea-idea dari Faris Ifwat.Huh..cerewet betul lelaki itu.Banyak betul peraturan.

Ariyana membelek-belek buku di tangannya.Duduk di satu sudut yang agak tersembunyi.Tiba-tiba terasa flash gambar menyala.Ariyana mengangkat muka.Azree dengan kamera DSLR nya merakam gambar Ariyana sekali lagi.

“Hei!”Ariyana menjerit kecil.

Azree terus duduk di hadapan gadis itu.Membelek gambar di dalam kameranya.Agak lama.Dia tersenyum kecil.

“Kenapa senyum?”

“Aku tak sangka kau akan pakai uniform ni.”

“Haha.Kelakar kan?Aku rasa macam orang tua je,”ujar Ariyana sambil menunjuk ke arah rambutnya yang bersanggul kemas.

“..cantik,”sambungnya perlahan.

“Apa dia?”soal Ariyana,tidak jelas dengan suara lelaki itu.Azree menggeleng sambil tersenyum.

“So how your first day?”soalnya mengubah topik.

Ariyana mengeluh kecil.”Not bad.Tak senang jugak kerja ni kan.”

“Anak manja memang macamtu.”

Ariyana menjegilkan mata.”Cheese cake betul!”

“Kesian,lepas habis SPM pun kena baca buku lagi.”Azree membelek-belek buku yang berada di hadapan gadis itu.

“Tak bosan?”

Ariyana menggeleng lemah.Tapi sesaat kemudian dia menguap tiba-tiba.Cepat-cepat dia menutup mulutnya.Azree ketawa.Ariyana tersengih.”Bosan jugak la.”Terpaksa juga akhirnya mengakui hakikat itu.

“Jom!”Azree bangun.

“Pergi mana?”soal Ariyana pelik.

“Hilangkan bosan.”

Ariyana kelam kabut mengemas buku,dan terus mengikut Azree dari belakang.Sambil itu mulutnya mengomel entah apa-apa.

Azree membuka pintu studio.

“Wow!!”Ariyana memandang suasana dalam studio itu dengan perasaan kagum dan excited.Dia masuk dulu tanpa disuruh Azree.Azree menggeleng kepala.

Ariyana memerhatikan satu persatu keadaan dalam studio itu.Tidak sangka Foto Siber mempunyai studio sebesar dan secantik itu.Dengan peralatan yang nampak canggih dan hiasan dalaman yang sangat moden,pasti memukau sesiapa saja yang masuk ke dalam studio itu.

Ariyana memandang pula hiasan di dinding.Ada pelbagai potret menarik tergantung di situ.Ada gambar perkahwinan yang telah diedit,gambar majlis konvokesyen,gambar model-model yang cantik,dan..eh,gambar cipan tu pun ada!

Ariyana pandang pula set sofa mewah berwarna putih yang diletakkan di suatu sudut.Dia memandang Azree yang sibuk dengan kameranya. Ada sedikit kerutan di dahi.

“Azree,kau handle studio ni sorang-sorang?”

Azree menggeleng.”Dengan mamat tu.”Tangannya menunjuk ke arah satu potret di dinding.

“Dengan Encik Faris?”soal Ariyana bagai tidak percaya.

“Yup..dengan cipan tu lah,”usik Azree.

Ariyana mencebik bibir.Sekali lagi dia memerhatikan gambar Faris Ifwat di dinding.

“Kau minat fotografi rupanya.”

“Setiapkali cuti sekolah aku datang kerja kat sini.”

Ariyana mengangguk-angguk.Ada perasaan kagum di hatinya.Tidak sangka pelajar yang nakal di sekolah itu mempunyai satu sikap yang boleh dibanggakan.Rajin bekerja.Banyak yang dia tidak tahu mengenai Azree.Hubungan mereka hanya di sekolah tapi Ariyana tetap menganggap lelaki itu sebagai teman baiknya.

“Macam best je kan guna kamera tu?”

Azree mengangkat muka.Ariyana memberi isyarat menunjuk ke arah kamera DSLR itu.

(dia ajar guna kamera tu.Time ni kene tunjuk mcmmane nk guna kamera DSLR tu.Nanti Tanya orang yang pandai guna)

“Sekarang kau cuba.”

“Aku?”Ariyana menunjuk ke arah diri sendiri.

“Kenapa,tak berani?”Azree senyum sinis.

“Tengok oranglah.”Ariyana mengambil kamera dari tangan lelaki itu.Mencari-cari angle yang sesuai dan terhenti pada Azree yang sedang menguap.Pantas tangannya mengklik butang di kamera itu.Bukan sekali tapi tiga kali.

Ariyana menekan butang preview.Kemudian di zoomkan gambar candid itu sehingga fokus pada wajah Azree.

Ariyana ketawa besar.Azree memandang Ariyana dengan muka tak puas hati.

“Bak sini aku tengok.”

Ariyana menggeleng-geleng sambil bibir menyembunyikan senyuman.

“Comel.Haha!”

Azree menghampiri Ariyana.Cuba mengambil kamera dari tangan gadis itu.Dan Ariyana cuba menyorokkan kamera itu.Masing-masing terjerit-jerit.Di saat itulah Faris Ifwat muncul di muka pintu.

Ariyana yang sedar dulu terus senyap.Berhenti ketawa serta merta.Cuma sisa-sisa senyuman yang masih terukir di bibir.Azree terus mencapai kamera di tangan Ariyana.

“Ha,dapat pun.”Gambar dalam kamera ditelitinya.Tergeleng-geleng dia melihat gambar itu.

“Ehem.”Faris Ifwat berdehem kecil.Azree pantas mengangkat muka.Sedikit terkejut melihat kehadiran lelaki itu di situ.

Faris Ifwat masuk ke dalam studio.Ariyana bangun dari sofa.Kepala ditundukkan sedikit.Alamak,habislah aku..

“Seronok berbual,”ujar Faris Ifwat dengan nada perli.

“Saya ada suruh awak masuk studio ni ke?”soal Faris Ifwat dengan muka serius.Ariyana tunduk.Keadaan sunyi seketika.

“Ada ke?You don’t answer my question.Ini bukan kedai bapak awak Ariyana,yang awak boleh buat sesuka hati.Kat sini ada peraturan.Ada rules yang awak kena ikut.Faham?”

Ariyana tersentak sedikit mendengar kata-kata itu.Kata-kata yang terus menusuk masuk ke dalam hati.Dengan kata lain yang lebih mudah,makan dalam.

“Maaf Encik Faris,”ujar Ariyana perlahan.Tak tahu kenapa,tiba-tiba jadi emosional dengan kata-kata itu.Bukan tak pernah dimarahi,tapi..entahlah.

“Awak boleh buat kerja kat luar sekarang.”

Ariyana mengangguk.Diambil buku di atas meja lalu berlalu keluar.Tidak langsung memandang Faris Ifwat mahupun Azree.

Azree pandang Faris Ifwat selepas Ariyana keluar.Pandangan tak puas hati.”Aku yang bawa dia masuk studio ni.Hari ni first day dia.Bukan ada apa-apa kerja lagi kena buat pun.”

Faris Ifwat memandang Azree dengan kerutan di dahi.”Kenapa beria-ia back up Ariyana?Girlfriend kau ke?”

“Err..bukanlah.Kawan je.”

“Kawan?Kau ada kawan perempuan.Azree Ifwat Tan Sri Baharudin ada kawan perempuan?Wow!Great!!Macammana aku boleh terlepas cerita penting ni??”Faris Ifwat menepuk-nepuk bahu Azree.

Azree menepis.”Cheese cake betul.Aku bukan macam kau,playboy terkenal.”

Faris Ifwat ketawa.”So far,kenapa tak bagitau Angah yang dia kawan kau.Tak adalah aku layan dia teruk-teruk sangat.”

Azree pandang Faris Ifwat dengan muka tak percaya.Faris Ifwat angkat kening.”Apa?”Dia tahu pandangan Azree,adiknya itu mempunyai makna.

“Kau jangan nak macam-macam angah.She’s my friend.”ujar Azree,memberi amaran.

Faris Ifwat ketawa.”So?Haha.Apapun,she’s weird.Kan?”

Azree menggeleng.”Mana ada.Biasa je.Kau tau,dia yang selamatkan wallet ayah kelmarin dari pencuri.Ayah yang kasi dia kerja kat sini.”

Faris Ifwat mengangkat kening.”Yang tu aku tak tau.Yang angah tau,dia dah rosakkan meeting penting angah kelmarin.”

Giliran Azree pula ketawa.”Jadi dialah yang simbah kau dengan tin air tu?Haih,Yana..Yana..”

Faris Ifwat ketawa juga bila mengingati kejadian kelmarin.

“Eh ketawa..ketawa jugak.Datang kacau aku ni kenapa?”soal Azree,anak bongsu Tan Sri Baharudin…

"Hah?Macammana first day kau?Best tak?"soal Dewi.

Ariyana yang baru saja menukar skirtnya kepada seluar jeans mencebik bibir."Best?Yeah..best sangat-sangat.Rasa macam nak lari je.Hah,kau macammana pulak?Best kerja dengan mamat handsome tu?"

Dewi ketawa."Bolehla.Best sikit dari apa yang aku bayangkan semalam.Encik Nabil tu takdelah garang sangat,cuma muka dia je serius sikit.Susah betul nak senyum.Tapi kalau dia selalu senyum,mesti lagi comel."

Comel?Ariyana turut sama tergelak.Tak sesuai betul menggunakan perkataan comel tu untuk lelaki seperti Nabil Ifwat.Huh..alangkah bagusnya jika dia tidak bekerja di Foto Siber..memandang muka kasanova Faris Ifwat,memang menyakitkan hati.Lagi-lagi bila mengingati kata-kata lelaki itu tadi.Kerja pula banyak betul peraturannya.Kena sentiasa tersenyum,bermanis muka...arghh..Ariyana rimas!

Ariyana mengambil tisu lalu mengelap make up yang bertempek di mukanya.Terasa melekit dan merimaskan.Memandangkan sudah menjadi salah satu peraturan di Foto Siber,staffnya wajib memakai make up dan menjaga penampilan agar sentiasa nampak cantik sepanjang waktu kerja.Berlainan di department Thundermatch Siber dan Dimensi Siber,staffnya tidak diwajibkan memakai make up.Mereka hanya dikehendaki memakai kameja dan seluar slack.

“”

2 comments:

Anonymous said...

hai...saje tumpang lalu
nice story :p

Pencinta Setia said...

hai nurul best la cte nie...continue pleazz...
x sbar nk tau...