BAB 4

“Selamat pagi Encik Faris,”ucap dua orang staff Foto Siber bila ternampak Faris Ifwat.Faris Ifwat senyum,menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.Senyuman yang ditunggu-tunggu oleh staff-staff perempuan di sini.Masing-masing dalam diam berusaha menarik perhatian anak Tan Sri Baharudin itu.Ada yang secara terang-terangan bersikap gedik dan ada yang berpura menjadi sopan santun di hadapan lelaki itu.

“Pagi.Seri..ada nampak Miss Dania tak?”

Berubah wajah staff yang dipanggil Seri itu.”Tadi saya nampak Miss Dania dengan trainee baru tu Encik Faris.Dekat camera department, ”balasnya dengan lemah lembut walaupun hampa bila nama Dania disebut.Di Foto Siber,Nur Dania adalah ‘musuh’ bagi staff-staff perempuan.Cantik,bijak dan berkarisma.Jadi ramai yang kecewa bila melihat Faris Ifwat bersama wanita itu.

“Thanks.”Faris Ifwat menjawab pendek.Sambil melemparkan senyuman mautnya sekali lagi.Membuat Seri makin angau di situ.Alahai…

Faris Ifwat tiba-tiba terpandang Ariyana di suatu sudut ketika dia hendak berlalu mencari Dania.Dari jauh dia nampak gadis itu sedang leka mengelap gift dan barang hiasan di situ.

Perlahan-lahan Faris Ifwat menghampiri gadis itu.Berdiri lebih kurang 500 meter daripada Ariyana.Teringat peristiwa kelmarin.

“Tak nak!Tak nak lah.Tak nak!!”

Dia yang baru hendak keluar dari Wisma Beta Siber untuk menghadiri mesyuarat di luar tidak semena-mena disimbah dengan air.Bukan itu saja,tin air turut dibaling ke arahnya.Nasib baik dia sempat mengelak tin air itu dari terkena mukanya.Dilihat gadis di depan matanya menjerit sambil mata terpejam.Macam orang mengigau.Menyerbu darah naik ke muka Faris Ifwat menahan marah.

Tapi yang aneh,rasa marah tiba-tiba hilang bila matanya bertentang dengan mata berwarna hazel milik gadis itu.Membuat dia terkesima seketika.Serta-merta juga jantungnya berdegup kencang.Sampai Dania menegurnya,baru dia tersedar.Sepanjang malam wajah gadis itu bermain di fikirannya.Dan tanpa disangka-sangka dia dapat bertemu lagi dengan gadis itu.

Faris Ifwat berdehem kecil.Ariyana masih tidak berpaling.

“Excuse me.”

“Ya?”Ariyana yang sedang leka membelek kristal mengangkat muka.Raut wajah dihadapannya dipandang dengan perasaan terkejut.Alamak mamat ni!!

Faris Ifwat senyum sinis.”Awak ni memang selalu hidup dalam dunia khayalan agaknya.”

Berasap telinga Ariyana mendengar kata-kata itu.Melihat senyuman lelaki itu,menambahkan sakit hatinya.’Ariyana,sabar-sabar.Ini first day kau kat sini.Jangan buat hal bukan-bukan.’Ditundukkan mukanya.Berharap Faris Ifwat akan cepat berlalu dari situ.

“Hmm..tak sangka kita akan jumpa lagi kan.Kelmarin awak baling saya dengan tin air,hari ni awak dah jadi staff saya.How a small world..”

‘Kalau aku tau,aku pun tak nak kerja kat sini lah!’Kata-kata itu bergema dalam hati.Ariyana senyap.Tapi tanpa disedari,mulutnya sudah pun mengeluarkan muncung itik.Tabiat dari kecil yang susah hendak diubah sampai sekarang.Bila marah atau memberontak,pasti akan mencebik.

Faris Ifwat menyembunyikan senyuman.”Jadi Cik Ariyana,saya harap awak dapat kurangkan tabiat berangan awak tu.Sebab tak mustahil awak boleh baling tin air pada customer pulak nanti.”

Cis!

Dan selepas mengucapkan kata-kata itu,Faris Ifwat berlalu pergi.Ariyana mengetap bibir.Arghhh geramnya!!!Geram sebab tidak dapat membalas kembali kata-kata itu.Dengan malas Ariyana menyambung tugasnya semula.

Terasa vibrate handphonenya tiba-tiba bergetar.Ariyana membuka mesej di inbox handphonenya.Serta merta wajahnya berubah ceria.

‘Morning!’ (nanti tuka,cari ayat best sikit)

Belum sempat dia membalas mesej itu,tertera nombor telefon lelaki itu di handphonenya.Ariyana memandang kiri kanan sebelum mengangkatnya.Yelah,mana tahu ada Miss Dania di situ,ataupun Faris Ifwat,habis lah dia.Walaupun kedai masih belum beroperasi,penggunaan handphone tidak digalakkan.Itu yang telah diberitahu semasa sesi briefing.

"Hmm..nak apa call nih?"soal Ariyana serius.Tapi bibir sudah mengukir senyuman.

"Aik,garangnya!tak boleh ke nak call?entah la,saja je.Tiba-tiba aku rasa kau macam sebut-sebut nama aku.So,aku call la.What are you doing now?"jawabnya selamba.

Ariyana menghamburkan gelak."Takkan la aku nak ingat kau.Buang masa je..Aku tengah kerja ni.Rindu aku eh?"

"Hmm..takkan la aku rindu kau.."

"Oit,balas balik nampak!"Ariyana menghamburkan ketawa.Lelaki itu juga.

Tiba-tiba Ariyana rasa pelik.Kerana dia dapat mendengar tawa lelaki itu dengan sangat jelas sekali.”Azree..kau kat mana ni?”

“Entah!”

Ariyana tidak percaya.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang.Lelaki itu pura-pura membelek barangan di atas rak.

“Azree!”Ariyana menjerit kecil.

Lelaki yang dipanggil Azree tadi terus meletakkan handphone,memandang Ariyana sambil mengangkat bahu.Tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.

“Oit,macammana kau boleh ada kat sini?”soal Ariyana terkejut.

Azree menunjukkan kamera di tangannya.

“Kau pun kerja kat sini jugak?”soal Ariyana bagai tidak percaya.

“Kenapa,tak percaya?”soalan Ariyana dibalas dengan pertanyaan juga.

“Yelah.Tak bagitau aku pun.”Ariyana pura-pura merajuk.Azree teman baiknya sejak sekolah lagi.Satu-satunya lelaki yang rapat dengan Ariyana.

“Tak tanya pun.”

Ariyana menjegilkan mata.Itulah ayat yang selalu digunakan lelaki itu sejak dulu lagi.Azree ketawa.

“Yang tadi muka masam macam cekodok basi tu kenapa?”soal Azree bila ketawanya reda.

“Kau perhatikan aku dari tadi eh?”

“Taklah.Kebetulan aku lalu kat sini.Tiba-tiba nampak kau.Muka masam pulak tu.Tak okey ke kerja kat sini?”

Ariyana mengeluh.”Okey je.Cuma ada seorang mamat senget tu yang buat aku sakit hati.Asyik kenakan aku je dari tadi. Kalau muka handsome takpe,ni muka dahlah macam cipan.Huh!”

“Macam cipan?Lelaki?”

“Yelah.Kan aku cakap mamat senget tadi.Of course lah lelaki.”Ariyana menjawab pantas.

Azree mengerut dahi sebelum tersenyum kecil.Kemudian mengangguk-angguk.Kemudian ketawa besar.

“Kenapa kau?Angguk-angguk,senyum-senyum,ketawa-ketawa.Gila eh?”

Azree menggeleng.”Tak ada apa-apa.”

Tiba-tiba Ariyana teringat sesuatu.”Eh alamak.Mesti kau tahu siapa lelaki yang aku maksudkan tu.Sebab kat Foto Siber ni bukannya ada staff lelaki pun.Mamat tu sorang je.Dan kau.Kan? ”

“Tau takpe..”balas Azree selamba.

“Erk?”Ariyana menggigit bibir.

“Ha..mesti kau takut kan kalau aku bagitau dia?”soal Azree mengusik.

“Tak…aku cuma cakap muka dia macam cipan.Lepastu pandang orang macam nak makan.Tu je.”

Azree ketawa besar.Menggeleng kepala.”First time aku dengar perempuan cakap dia macam cipan.Kalau perempuan lain semua cakap dia macam Awal Ashaari.”

Ariyana buat muncung itik.”Tak macam langsung.Eh Azree,apa position kau kat Foto Siber ni?”

”Photographer.Hurm..amacam.Okey tak?”Azree berpura bergaya seperti model sambil memegang kamera DSLR nya.Ariyana ketawa riang.

“Wah!Hebat lah kau dapat jadi photographer kat Foto Siber ni,”puji Ariyana.

“Well..tengok oranglah.”Azree berkata bangga.Topi yang dipakai dibetul-betulkan.

Ariyana tersenyum lebar.Gembira sangat hatinya bila mendapat tahu Azree juga kerja di Foto Siber.Satu kejutan yang menggembirakan.Amat menggembirakan.

“Seronok berbual nampak.”Satu suara tiba-tiba kedengaran.Ariyana dan Azree berpaling.Ternampak Jesnita di belakang dengan senyuman sinis.

“So there’s any problem with you?”balas Ariyana selamba.Ada je minah ni kat mana-mana.Menyibuk je..

“Tak payah nak seronok sangatlah.Miss Izzah nak jumpa kau,”balas Jesnita angkuh.

“By the way,siapa mamat ni?Boyfriend kau?Baru sehari kerja dah dapat cari lelaki?Wah hebat!”soal Jesnita lagi,dengan nada yang amat sinis memandang ke arah Azree.Dia ketawa sebelum berlalu.

“Siapa tu?”soal Azree.Memerhatikan langkah Jesnita yang gedik itu

“Ntah,tak tau apa yang dia puas hati sangat dengan aku.Eh,okeylah.Aku nak pergi jumpa Miss Dania ni.Kau pun,baik pergi punch card cepat.Sukahati je datang lambat.Tadi time briefing kau tak ada pun.Tak takut kena marah ke?”usik Ariyana.

“Kalau ponteng sekolah pun aku berani kan..”Azree meleretkan ayat.

”Yelah tu.Kau yang selalu buat kerja aku jadi banyak tau.”

“Kalau tak ada student macam aku,tak ada lah prefect yang penyabar macam kau.Kan Cik Yana?”

Ariyana buat muncung itik.”Dahlah,malas nak layan kau.Bye!”

Azree ketawa.Memerhatikan gadis itu berlalu pergi sebelum dia turut mengusung beg kameranya masuk ke dalam studio.

"Yana,dah habis lap gift kat rak depan tu?"soal Izzah yang muncul tiba-tiba dari belakang.

Ariyana mengangguk.Izzah tersenyum manis."Bagus!Emm..hari ni saya nak ajar awak tatacara yang betul melayan customer.Tapi sebelum tu,ambil fail ni.Dalam ni ada list semua barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Foto Siber.As a staff di Foto Siber,awak kena mahir dengan selok belok kedai ni..kena tahu pasal barang-barang yang ada dalam ni supaya nanti bila customer tanya,awak tak de la kelam kabut nak jawab."

"Err..miss Izzah,kena hafal semua nama barang-barang ni ke?"

"Kalau boleh.."jawab Izzah pantas.

Ariyana menggaru kepala.Mak aihh..banyaknya!Biar betul..time nak SPM pun tak kena hafal banyak macam ni..

Izzah ketawa melihat gelagat gadis itu."Takdelah..saya main-main je.Tak payahlah nak hafal satu-satu barang kat sini.Cuma pastikan list barang-barang ni selalu bersama awak.Lagi satu,di Foto Siber ni,stok barang-barang diperiksa setiap hari untuk memastikan tiada barang yang hilang.Semua stok dikira dari semahal barang seperti kamera sampailah kepada kertas pembalut hadiah."

"..okey.Hari ni saya ajar Yana cara nak treat customer dari mula customer datang sampailah customer keluar dari kedai.First thing bila customer masuk je,ucapkan selamat pagi ataupun selamat petang dengan senyuman.Tangan kanan diletakkan menyilang di bahu kiri dan tunduk sedikit sebagai tanda hormat.Saya tengok Yana pandai layan customer,cuma kadang-kadang Yana nampak macam malu-malu sikit.Nanti lama-lama okey la tu.."

Ariyana ketawa dalam hati.pandai layan customer?Kalau diikutkan perangai sebenarnya,dia bukannya boleh dikategorikan sebagai manusia yang peramah sangat.Juga tidaklah terlalu sombong.Cuma memandangkan sekarang dia bekerja di sebuah syarikat yang memerlukan dia berdepan dengan orang ramai setiap hari,terpaksalah dia mengubah sedikit perangainya.Demi laptop idaman..haha!

“Oh ya,tempoh sebulan ni adalah tempoh untuk Yana mempelajari selok belok pengurusan di department ini.Memandangkan saya kadang-kadang busy dengan tugasan lain,jadi saya harap Yana boleh belajar dengan senior-senior yang ada di sini.Saya harap Yana enjoy kerja kat Foto Siber.Jadikan ini sebagai pengalaman untuk masa akan datang . I hope to see the best performance from you.”

“Insyaallah miss.”Ariyana tersenyum.Memang itu harapannya.Walau sekadar kerja part time,dia mahu mengaut sebanyak mana pengalaman.alangkah bagusnya jika dia berada di department Thundermatch…


No comments: